Jumaat, 7 Disember 2012

SUPER PAGES PHOTOGRAPHY CONTEST 2012


Lama sungguh rasanya tak memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan fotografi. Pertandingan pun tak banyak, kalau adapun saingannya cukup hebat. Al maklum hari ini teramat ramai yang telah menggunakan DSLR serta mahir mengendalikannya. Jadi sudah tentulah penghasilan imejnya amat berkualiti. Namun bak kata seorang jurugambar, semua orang boleh mengambil gambar tapi bukan semua orang dapat menghasilkan gambar yang menarik.

Dalam beberapa pertandingan yang hamba sertai tahun ini, akhirnya sangkut juga satu. Gambar hamba terpilih pemenang top 4-12 dalam Super Pages Photography Contest 2012 yang diadakan secara online. Penjuriannya dibuat secara juri dan bilangan like di laman web. Hamba sengaja tidak mempromosi gambar hamba di facebook. Sengaja mahu melihat sambutan sebenar daripada pengunjung web berkenaan. Lagipun menurut maklumat pertandingan, gambar yang menang berpeluang dicetak di atas kalendar. Jadi hamba fikir walaupun gambar itu ada like yang banyak tapi kalau tidak sesuai untuk kalendar tentunya tidak akan dipilih juga.

Gambar di atas merupakan gambar-gambar yang terpilih. Anda nilai sendirilah pemenang yang dinyatakan. Secara peribadi memang hamba frust dengan gambar tempat pertama tu. Hamba rasa saguhati pun tak layak.....

Sewaktu mengambil hadiah, seorang official memaklumkan, gambar hamba cantik cuma tangan anak hamba disebelah kiri gambar terpotong sedikit. Apa-apa lah, itu lebih baik dari gambar skodeng anjing!!


5 ulasan:

  1. A'ah le... Gambar 1st prize tu biasa je... Gambar third prize pun sama. huhu.. Saya memang tak setuju kalau ada contest yang berdasarkan bilangan 'Like' ni. Macam tak fair je kan. Anyway, your picture is awesome!

    BalasPadam
  2. tetiba wak teringat lagu 'Keliru' dulu yg tetiba jadi juara sbb pemenang penyanyi tu pown keliru dia leh menang..ahHHKs

    btw, gudjob bang, keep it up.. tahun 2013 ni ada join photo contest lain takks?

    BalasPadam

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...