Monday, December 24, 2012

ULASAN BUKU : MISTERI DUNIA, RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA


Ramai yang suka kepada perkara-perkara misteri. Lantaran itu buku-buku sebegini amat laris di pasaran. Bukan sahaja buku, bahkan dokumentari, drama tv dan filem sebegini biasanya akan turut mendapat perhatian. Barangkali cerita misteri yang paling mendapat sambutan adalah siri The X-Files yang pernah disiarkan lebih 10 tahun yang lalu.
Buku ini mengandungi 54 kisah misteri yang berlaku di serata dunia. Kebanyakannya telahpun pernah hamba baca di mana-mana kecuali satu atau dua perkara sahaja seperti batu Inca dan cakera Droopa. Penulis tidaklah menghuraikan dengan panjang lebar akan sesuatu perkara itu, sekadar maklumat ringkas untuk pengetahuan sahaja. Ini membuatkan diri hamba berasa tidak puas kerana kebanyakan fakta telah hamba ketahui. Hamba inginkan sesuatu yang baru dan lebih terperinci. Kadang-kadang sambil membaca hamba akan google gambar-gambar di internet mengenai subjek yang dibaca. Kadang-kadang hampa juga bila melihat beberapa gambar yang ada di dalam buku tersebut sama seperti yang ada dalam internet. Nampaknya penulis juga ambil jalan mudah dengan mengumpul maklumat daripada sumber yang mudah dicari.
Apapun buku ini sesuai untuk bacaan sesiapa sahaja demi untuk pengetahuan. Hamba sendiri tidak pasti sama ada hamba membelinya kerana hamba meminati perkara yang misteri. Yang pasti hamba membelinya kerana tawaran diskaun yang memang potong habessss.

2 comments:

  1. buku ni boleh bli dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni mungkin sukar cari di kedai buku skrg ni. Tapu kalau karangkraf buat jualan boleh lihat di situ sbb ia terbitan mereka. Hamba pun beli semasa pameran mereka.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...