Sabtu, 19 Januari 2013

ENCIK PATRICK YANG KURANG AJAR


Hamba tidak pasti apa yang bersarang di dalam pemikiran Encik Patrick ini sewaktu mengungkapkan tulisan atau kata-kata yang tidak bertamadun ini. Adakah kerana ingin memprotes tentang sesuatu peraturan maka amalan agama Islam serta kitab sucinya diharuskan untuk diperlekehkan. Sebagai seorang Muslim yang dengan teguh mengakui tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah hamba secara terbuka mengutuk dan membantah tulisan tersebut. Ia adalah pencabulan yang nyata dibuat secara terbuka terhadap agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara.

Hamba masih tidak faham kenapa Encik Patrick memperlekehkan agama hamba. Tidak bolehkah beliau hanya memprotes peraturan yang digariskan itu sahaja? Kenapa pula beliau mesti memburukkan agama hamba? Ketika mesej tersebut di capture imejnya, terdapat 66 like di situ. Ini bermakna ada 66 makhluk yang suka dengan penghinaan itu dan hamba menganggap mereka ini bersekutu dan bersekongkol. Jikalau ada sahabat hamba di sini yang turut meletakkan tanda like mereka di situ, hamba sesunggguhnya malu untuk mengaku bersahabat dengan anda. Dan sekiranya anda Muslim, maka hamba berpesan agar anda bertaubat dan memperbaharui semula syahadah anda.

Sesungguhnya orang Islam dinegara ini terlalu baik. Apabila seseorang itu memohon maaf sahaja, maka dengan lekasnya isu itu hilang umpama ditiup angin. Padahal apa yang disentuh ini adalah amat sensitif sekali. Ia adalah agama hamba, pegangan hamba, keimanan hamba, aqidah dan i'tiqad hamba!! Hamba tidak tahu apa yang melanda umat Islam di negara ini. Satu ketika dahulu, apabila ada seorang pembesar negara mengangkat keris dalam satu perhimpunan tahunan mereka, beliau dibidas secukupnya. Mengangkat keris sesungguhnya lansung tidak melibatkan penghinaan terhadap mana-mana agama. Namun pembesar ini telah dibidas dengan 'kaw-kaw'nya. Maka sekali lagi atas lembutnya sifat umat Islam negara ini, pembesar berkenaan telah lembik tengkuk serta membuat permohonan maaf.

Hamba tidak tahu sekiranya ada pemimpin bukan Islam di negara ini yang mengumumkan sesuatu peraturan yang tidak menyenangkan sesetengah pihak maka ada orang yang memprotes dengan memperlekehkan amalan agama beliau. Entah hamba tak pernah dengar lansung, namun mereka yang mengutuk agama Islam, maka Encik Patrick bukanlah yang pertama.

Permohonan maaf Encik Patrick sesungguhnya lansung tidak dapat mengubat kelukaan di dalam jiwa saya bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Beliau perlu dihukum sewajarnya. Dan hamba juga tidak berminat untuk untuk berkongsi kewarganegaraan dengan Encik Patrick. Beliau sesungguhnya telah melampaui batas!

Encik Patrick, dikau perlu belajar lebih banyak lagi!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...