Rabu, 2 Januari 2013

PERMULAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2013

Alhamdulillah, selesai agenda anak-anak hari ini. Yang sulung di darjah lima, yang kedua di darjah empat dan nombor tiga di pra sekolah. Bagi anak-anak di sekolah rendah segala yuran telahpun diselesaikan sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baru manakala bagi yang di pra sekolah, kesemuanya diselesaikan pagi tadi. Memandangkan kesemua yang bersekolah tahun ini bukannya kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah, maka tiadalah hamba bermasalah untuk meninggalkan mereka belajar bersama kawan-kawan.

Persekolahan anak-anak pastinya memeningkan ramai ibu bapa terutamanya pada perkara yang melibatkan perbelanjaan mereka seperti yuran, pakaian sekolah, buku, alatulis dan sebagainya. Walaupun hamba diberi kelapangan oleh Allah untuk menyelesaikan segala urusan tersebut, namun sekali sekala terasa juga banyaknya wang yang mengalir keluar.  Terfikir juga hamba keadaan mereka yang kurang berada. Pastinya kasar juga perbelanjaan mereka untuk menyiapkan keperluan anak-anak. Namun bagi hamba sendiri, hamba telah membuat persediaan semenjak setahun yang lalu dengan menabung pada setiap bulan. Konsep kewangan hamba agak mudah iaitu simpan dahulu baru belanja, bukan belanja dahulu baru simpan. Melalui cara ini hamba menyediakan beberapa sampul khas untuk hamba buat simpanan. Sampulnya pula hamba kitar semula daripada sampul duit raya dahulu. Maka adalah sampul untuk belanja sekolah, melancong, servis kereta, petrol dan tol, bil-bil dan sebagainya. Bahkan sekiranya hamba mempunyai sesuatu yang khas ingin dibeli seperti komputer, beg kamera dan sebagainya, maka satu sampul baru akan diadakan. Hamba menyimpan sedikit-sedikit untuk memiliki sesuatu barangan. Hamba tidak kisah sekiranya barangan itu lewat hamba miliki memandangkan satu tempoh masa yang lama diperlukan sebelum ia mencukupi. Ia lebih baik berbanding membayar secara ansuran di kedai yang pastinya menuntut faedah dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...