Ahad, 16 Jun 2013

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA - Abd. Manaf Ahmad



Kadang-kadang bila membaca buku ini hamba terasa seperti sedang menelaah buku teks sejarah tingkatan lima. Sama ada kerana ia ditulis oleh orang lama atau sememangnya apabila menulis buku tentang fakta maka begitulah susun kata bahasanya. Tetapi membaca buku-buku ZAM yang juga sarat dengan fakta sejarah tidak pula sebegini rasanya.

Buku Sejarah Perlembagaan Malaysia ini seakan-akan kena dengan perkembangan semasa hari ini di mana ramai yang mula mempersoalkan tentang perlembagaan negara sehingga menghina orang tertentu termasuk SPB YDP Agong dengan sewenang-wenangnya. Ia mencatatkan tentang susah payah orang terdahulu untuk membentuk perpaduan di negara ini yang memerlukan begitu panyak pengorbanan dan tolak ansur sehingga terhasilnya perlembagaan negara.

Tentunya bangsa hamba sendirilah yang banyak memberikan tolak ansur tersebut dengan mengambilkira sumbangan yang telah diberikan oleh kaum yang datang ke Tanah Melayu. Tolak ansur tersebut juga amat dihargai oleh mereka pada ketika itu sehingga berjaya mewujudkan persefahaman yang baik.

Namun hari ini benih perpaduan yang disemai berpuluh tahun dahulu dilihat seolah layu kembali. Layunya pula layu yang boleh membawa kepada kepupusan. Perasaan saling menghormati pada segelintir pihak seolah telah hilang lansung. Masing-masing hidup dalam kumpulan bangsanya sendiri. Sudah lupa di mana dirinya berada - tidak lagi menjunjung langit di tempat berpijaknya di bumi. Bahasa kebangsaan seolah malu dipertuturkan. Kalau dipertuturkan pula begitu pelat bunyinya seperti rakyat asing yang baru mula mengenal bahasa.

Asas perpaduan bermula dari sekolah. Ia mesti satu sekolah yang berada dalam konsep yang sama dan persekitaran yang serupa. Ia perlu berada dalam atmosfera bahasa Melayu yang menyirami semua kaum yang ada di negara ini. Tidak boleh lagi ada sekolah yang menjurus untuk kaum tertentu dan menggunakan bahasa yang bukan bahasa kebangsaan.

Andai ini dibiarkan begitu sahaja ibarat memandang cuma sebelah mata, sesal akan datang sudah tidak berguna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...