Saturday, July 27, 2013

RAJA CAMERON HIGHLAND



Hamba bukannya nak bercerita mengenai pekebun sayur di Cameron yang bernama Raja. Hamba pun tak kenal dengan mana-mana encik Raja di sana. Raja yang hamba maksudkan adalah kenderaan 4WD lama yang rata-ratanya dari jenis Land Rover yang merajai jalan-jalan di sini.

Kebanyakan kenderaan Land Rover yang ada adalah dari jenis lama yang dibaik pulih dari masa ke semasa. Di badannya biasanya tercatat huruf CH menandakan bahawa kenderaan itu yang boleh dibawa di sekitar Cameron sahaja dan mendapat keistimewaan membayar 10% sahaja cukai jalan. Ia amat lasak dan sesuai dengan keadaan muka bumi di sini yang berbukit, memudahkan para petani dan penanam untuk mengangkut hasil bumi mereka.Tapi kenderaan inipun dah semakin kurang kerana kesukaran untuk mendapatkan alat ganti. Para petanipun sudah mula beralih ke 4WD yang lebih baru dan moden. Kadang-kadang kelihatan kenderaan lama ini tersadai sahaja di tepi-tepi jalan, terbiar tidak dipedulikan lagi.







2 comments:

  1. Rasa rasanya berapa harga rover ni masa dijual first hand dulu and tahun berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga first hand hamba tak tau. Tapi apa yg hamba tau ada di antara LR ini adalah tinggalan penjajah british dulu sblm mrk tinggalkan Malaya. Krn sudah semenjak zaman itu LR digunakan, maka ia menjadi jentera yg dipercayai oleh penduduk di sini.
      Pengguna LR CH menikmati cuma 10% rate cukai jln berbanding kenderaan sebegini di tpt lain. Namun hanya blh digunakan di CH sahaja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...