Tuesday, November 5, 2013

DIAMUK STRESS DAN AMARAH



Orang tua-tua ada berkata, mentimun mana boleh lawan durian - digolek luka menggolek pun luka. Begitulah resam dunia. Kalau di pejabat, bila dah namanya gurkha kenalah terima hakikat akan keghurkaan kita. Sesiapa yang tunjuk berani akan dicantas serta merta.

Hamba kadang-kadang suka menjadi mentimun yang mencabar durian. Betullah kata-kata orang tua itu, memang memanjang luka ajelah kita ini. Walaupun selalu dididik dengan memahami erti kesabaran, namun ada ketikanya terlanjur juga dengan kemarahan.



Dan sekali peristiwa setelah mentimun cuba menggolek durian, si durian merasakan hamba ini perlu disekolahkan lagi. Maka dihantarnyalah hamba ke sebuah kursus menangani stress, konflik dan amarah. Maka bergurulah hamba selama dua hari beberapa minggu yang lalu bersama tuan guru yang bijaksana termasuk seorang pengacara yang sering wajahnya tersiar di kaca tv.


Dalam satu ujian yang diadakan untuk melihat tahap stress seseorang, jelas sekali skor yang hamba dapat begitu tinggi. Bahkan tahap stress hamba hampir memasuki zon anxiety. Tu dia stressnya pakcik. Mujurlah dengan adanya sikit-sikit ilmu di dada hamba dapat juga sedikit sebanyak menahan diri ini. Kalau tak mungkin hamba dah masuk geng yang bercakap dan ketawa sorang-sorang, nauzubilLahi min zalik!!

  

Tapi selama mana juga mentimun harus membiarkan dirinya digolek oleh durian? Durian king size pula tu!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...