Friday, April 11, 2014

LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM - Muhammad Alexander


Membaca tajuknya sahaja sudah cukup menerujakan. Apatah lagi kajian mengenai siapa Luqmanul hakim ini tidak begitu meluas dilakukan oleh para cendekiawan. Justeru apabila Muhammad Alexander membuat hipotesis bahawa manusia yang dikatakan Luqmanul Hakim itu sebenarnya adalah tokoh Yunani yang bernama Socrates pastinya mengundang banyak persoalan dan tanda tanya. 

Mengenali Muhammad Alexander lewat beberapa karya beliau yang lalu seperti Alexander Adalah Zulkarnain, Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung, Armagedon 2012 dan lain-lain lagi, hamba tidak ragu-ragu untuk menjadikan buku ini sebahagian koleksi hamba. Lagipun melalui buku-buku yang disebutkan tadi juga hamba sudah boleh merasa corak penulisan yang akan dibawakan oleh penulis di dalam karya ini.

Siapa sebenarnya Luqmanul Hakim tidak pernah dijelaskan secara terperinci oleh dalil-dalil atau nas yang ada. Mungkin hikmah perkara ini ialah agar mansuia itu sendiri berusaha menggunakan akal fikiran serta pengetahuan yang ada bagi mencari kebenaran. Dan inilah yang hamba nampak di dalam penulisan ini. Walaupun penulis melalui kajiannya dengan penuh yakin menisbahkan Socrates sebagai Luqmanul hakim, tidak bermakna pintu bagi pengkajian serta perbahasan telahpun tertutup. Bahkan orang ramai serta para ilmuan yang lain boleh turut membantu dalam meluaskan lagi kajian. Orang ramai boleh sahaja menolak kajian ini tetapi mestilah mempunyai dalil atau hujah yang lebih kuat dan mantap.

Socrates sering dibayangkan sebagai seorang lelaki yang berkulit putih. Namun melalui kajian penulis membuktikan bahawa Socrates adalah seorang lelaki berkulit hitam dan bekas seorang hamba. Kajian beliau dibuat sehingga selari dengan dalil yang ada yang mengatakan bahawa Luqmanul Hakim itu adalah seorang lelaki berkulit hitam. Dalam kajian ini penulis tidak dapat tidak terpaksa merujuk kepada karya-karya anak murid Socrates seperti Plato memandangkan Socrates tidak pernah menulis sebarang karya. Namun hamba pasti karya Plato yang dibaca pada hari ini tentunya tidak sama dengan tulisan asalnya berkurun yang lalu kerana ia telah melalui beberapa kali penterjemahan serta ada juga yang diterjemah daripada terjemahan yang lain. Ini tidak termasuk sekiranya ada fakta yang telah diubahsuai sepertimana yang dibahaskan oleh penulis di dalam bab ke 18.

Satu perkara yang hamba perhatikan dalam penulisan Muhammad Alexander ialah beliau tidak pernah memasukkan dalil-dalil asal mengikut matan asal dalam bahasa Arab sama ada ayat Al-Quran mahupun hadith. yang ada hanyalah terjemahan sahaja. Bagi hamba yang mengetahui serba sedikit bahasa ini matan dalam bahasa Arab adalah perlu untuk hamba menilai kembali sama ada terjemahan yang dibuat oleh penulis itu tepat ataupun tidak. Lagipun apa yang dikatakan dalil itu sebenarnya adalah matan asal berbahasa Arab tersebut dan bukan terjemahannya. Oleh yang demikian buku ini telah hilang (bahkan buku-buku sebelumnya) telah hilang separuh daripada kekuatannya. Hadith-hadith yang dipaparkan juga adalah wajar diterangkan sanadnya, taraf hadith serta kitab yang diambil hadith tersebut. Pada muka surat 335 penulis memetik kata-kata 'Orang yang mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya'. Penulis menisbahkan kata-kata ini kepada Rasulullah sedangkan apa yang hamba pelajari dahulu kata-kata ini adalah sebahagian daripada kata-kata hukama'. Oleh yang demikian menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah sedangkan Baginda tiada kaitan dengannya adalah satu kesalahan yang besar sebaik manapun kata-kata itu.

Satu perkara lagi yang mendatangkan kejutan kepada hamba dan mungkin juga kepada pembaca yang lain adalah apa yang terkandung dalam muka surat 638 apabila penulis mengatakan bahawa nama Zulkifli di dalam Al-Quran adalah merupakan gelaran kepada Gautama Buddha. Penulis tentunya ada alasan tersendiri dan telah melakukan beberapa kajian. Namun diri hamba sendiri agak sukar untuk menerima penyamaan tersebut. Menganggap nama Zulkifli itu mungkin ada persamaan dengan Kapilavastu, tempat kelahiran buddha, kerana ada persamaan bunyi adalah tidak memadai untuk mengaitkan kedua-dua tokoh ini. Agak sukar untuk menerima kerana Nabi-Nabi yang lain lahir di tanah Arab atau negeri yang disekitarnya, tiba-tiba ada seorang yang lahir nun di sebelah Nepal sana.

Mungkin satu buku berkenaan ini akan muncul nanti? WalLahu aalam!!

6 comments:

  1. Setiap umat itu ada utusan yg diutuskan kpd mereka...tidak mustahil...kdg2 nama dlm quran merujuk pd gelaran/sifat...sbgai cnth, zulqarnain yg brmksud "yg mmiliki dua tanduk" tanduk apakah yg dmaksdkan?...ada dua tokoh yg mnggunakan mahkota bertanduk dua iaitu Cyrus the great dan alexander the great...jd,, mgkin jga prkataan zulkifli itu sndiri mrupakan ciri2 yg ada pd nabi zulkifli... wallahu a'lam..��

    ReplyDelete
  2. Nabi itu memang ramai dan beribu jumlahnya mengikut ulama'. Tapi barang diingat Nabi Zulkifli bukan sahaja nabi bahkan seorang Rasul. Justeru ini memerlukan kajian mendalam. tambahan pula hamba di Maghribi diajar untuk berpegang kepada dalil dan bukannya 'kemungkinan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahirahmanirrahim ...
      Socrates berkata: "Kebahagian terbesar dalam negara adalah perpaduan," dan "Dosa terbesar dalam negara adalah makar dan perpecahan." Buku ini agak berat kerana banyak fakta yang dikemukakan dan ia berbentuk kompilasi report kajian dari pelbagai sumber. InsyaAllah saya akan review selepas hadam semua ... " Manusia yang paling bijaksana dan berjaya di bandar mahupun desa adalah mereka yang paling takut kepada tuhan " "Jiwa yang paling berani dan yang paling bijaksana, adalah yang paling sedikit berasa bingung ataupun terganggu oleh pengarih luar" (Hikmah Socrates, m/s263) Saya mengambil masa sebulan untuk khadam buku ini. Walaubagaimanapun, saya perlu ulang baca semula untuk hadam dengan lebih kemas intipati yang tersurat dan tersirat.

      Delete
  3. Secara keseluruhan hampir separuh bahagian penulisan Muhammad Alexender ini pada awalnya menceritakan susasana masyarakat Yunani Kuno di kota Athens, struktur politik, sosio masyarakat dan hampir separuh bahagian buku ini menceritakan tentang gambaran fizikal dan latar belakang scocrates dari pelbagai sudut pandangan penyelidikannyang dikumpulkan. Beliau disifatkan sebagai anak seorang bidan yang berkulit hitam dan bebangsa Nabia. Pertengahan penyelidikan menjurus kepada kata-kata hikmah yang kebanyakannya diperoleh dari buku yang ditulis oleh anak didiknya Plato serta sumber-sumber yang jelas dan kemudiannya di petakan bersama surah Al-Luqman. Secara kesuluruhannya, Scocrates terdorong oleh bisikan yang menghalangnya membuat perkara yang tidak baik dan dia menyifatkan ia bisikan baik yang datang dari Tuhan. Sikapnya yang sering merenung kejadian langit dan alam persis sikap seorang ulul Albab yang diceritakan didalam Al-Quran.

    ReplyDelete
  4. Pemahaman dan pemikiran yang membawa kepada menyembah tuhan yang satu serta menolak pemahaman dewa-dewi membawa socrates ke Mahkamah Athens yang ketika itu menggulingkan Diktator 8 dan mengamalkan Demokrasi yang berat sebelah. Akhirnya Socrates yang membawa kebenaran dihukum meminum racun. Luqamaan merupakan maksud meminum racun dalam bahasa yunani. Kata-kata akhir dari Socrates yang memberi amaran bahawa akan ada bencana yang bakal menimpa Athens selepas kematiannya menjadi realiti, dimana kota Athens diserang dan ditumpaskan.Athens kemudian ditawan semula oleh pengikut Socrates yang membersihkan kembali Athens dari tangan penguasa yang menganiaya Socrates. Merenung dalam-dalam suasana dan watak Socrates membawa kepada satu tafakur kepada situasi perpecahan yang berada dalam masyarakat hari ini. Kisah yang sama pada zaman yang berbeda. Baca buku ini, moga menjadi pengajaran bermakna! Bismillahirahmanirrahim ... Buku ini agak berat kerana banyak fakta yang dikemukakan dan ia berbentuk kompilasi report kajian dari pelbagai sumber. InsyaAllah saya akan review selepas hadam semua ... " Manusia yang paling bijaksana dan berjaya di bandar mahupun desa adalah mereka yang paling takut kepada tuhan " "Jiwa yang paling berani dan yang paling bijaksana, paling sedikit berasa bingung ataupun terganggu oleh pengarih luar" (Hikmah Socrates, m/s263) Saya mengambil masa sebulan untuk khadam buku ini. Walaubagaimanapun, saya perlu ulang baca semula untuk hadam dengan lebih kemas intipati yang tersurat dan tersirat. Secara keseluruhan hampir separuh bahagian penulisan Muhammad Alexender ini pada awalnya menceritakan susasana masyarakat Yunani Kuno di kota Athens, struktur politik, sosio masyarakat dan hampir separuh bahagian buku ini menceritakan tentang gambaran fizikal dan latar belakang scocrates dari pelbagai sudut pandangan penyelidikannyang dikumpulkan. Beliau disifatkan sebagai anak seorang bidan yang berkulit hitam dan bebangsa Nabia. Pertengahan penyelidikan menjurus kepada kata-kata hikmah yang kebanyakannya diperoleh dari buku yang ditulis oleh anak didiknya Plato serta sumber-sumber yang jelas dan kemudiannya di petakan bersama surah Al-Luqman. Secara kesuluruhannya, Scocrates terdorong oleh bisikan yang menghalangnya membuat perkara yang tidak baik dan dia menyifatkan ia bisikan baik yang datang dari Tuhan. Sikapnya yang sering merenung kejadian langit dan alam persis sikap seorang ulul Albab yang diceritakan didalam Al-Quran. Pemahaman dan pemikiran yang membawa kepada menyembah tuhan yang satu serta menolak pemahaman dewa-dewi membawa socrates ke Mahkamah Athens yang ketika itu menggulingkan Diktator 8 dan mengamalkan Demokrasi yang berat sebelah. Akhirnya Socrates yang membawa kebenaran dihukum meminum racun. Luqamaan merupakan maksud meminum racun dalam bahasa yunani. Kata-kata akhir dari Socrates yang memberi amaran bahawa akan ada bencana yang bakal menimpa Athens selepas kematiannya menjadi realiti, dimana kota Athens diserang dan ditumpaskan.Athens kemudian ditawan semula oleh pengikut Socrates yang membersihkan kembali Athens dari tangan penguasa yang menganiaya Socrates. Merenung dalam-dalam suasana dan watak Socrates membawa kepada satu tafakur kepada situasi perpecahan yang berada dalam masyarakat hari ini. Kisah yang sama pada zaman yang berbeda. Bersatulah Malaysia! Baca buku ini, moga menjadi pengajaran bermakna!

    ReplyDelete
  5. Ingatlah bahawa nabi n rasulullah bukan semuanya bangsa Arab,kebanyakkannya Dari bangsa yahudi n kebanyakkan mereka berada di seluruh tanah Arab n eropah
    Kajian Dari dr Muhammad Alexander bole selari dgn akal n fakta alquran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...