Thursday, June 26, 2014

ZOO MELAKA YANG SEPI TIDAK BERPANDA


Minggu terakhir cuti sekolah hampir dua minggu yang lepas hamba pergi ke Zoo Melaka. Bertahun juga tak pergi, hamba jangkakan ada pembaharuan atau penambahbaikan berbanding dahulu. Agak teruja juga hamba nak mengambil gambar-gambar binatang di sana.

Tetapi hamba terasa agak hampa dengan lawatan kali ini. Haiwan-haiwannya nampak lesu tak bermaya. Dan kebanyakan kandang pameran ditutup dan digantung dengan papan tanda seperti ini:-



Banyak juga kandang pameran yang ditutup. Sebagai pengunjung terasa seperti tidak adil juga kerana masih dikenakan bayaran yang penuh. Hamba tidak tahu apa masalah pengurusan Zoo Melaka pada hari ini. Rasanya kunjungan yang dulu-dulu lebih menyeronokkan lagi. Hinggakan kali ini tidak banyak gambar yang hamba ambil. Tertanya juga hamba ke mana hilangnya burung flamingo yang begitu banyak di kawasan tasik zoo ini dahulu. Seekor pun hamba tidak ketemu sedangkan papan tanda namanya masih ada. Sampah berupa botol minuman dan jerry can pun ada dalam tasik tu. Tempat yang dahulunya ada tunggangan kuda dan gajah juga terbiar semak dan tidak terurus. Begitu juga dengan beberapa kawasan lain.

Takkan tak ada petugas yang tak nampak sampah-sampah ini...

Ambillah sedikit inisiatif untuk memangkas dahan yang patah ini. Bukannya jauh sangat dari pejabat pentadbiran.


Adakah aura Zoo Melaka telah hilang dan tidak lagi menjadi tumpuan pelancong? WalLahuaalam, tetapi sesuatu harus dilakukan. Mungkin Ketua Menteri yang baru ini perlu turun membuat lawatan atau perlu ada panda juga bagi menarik kunjungan......



Tapir pun letih....







2 comments:

  1. Hamba baru berkira2 plan nak ke sana....kalao udah mcm ni guupenye jadi zu melaka...hurmmm...almtnya kensel le...kensel.....g zu negara pun lebih kurg sama (sblm panda tiba)....sana tutup sini tutup.....renovate sana renovate cni :C

    ReplyDelete
  2. sebelum ni pengurusan zoo melaka di bawah kerajaan negeri. sebab tu lah tiket murah. bila di penghujung servis, ali rustam jual pada cina singapore yg juga owner melaka wonderland ngn melaa bird park. oleh kerana pengurusan baru, maka ramai juga yg bawa keluar binatang masing2 utk dipindah ke tempat lain. ramai staf yg berenti. semua peniaga juga diarah keluar. mmg skg ni masuk zoo melaka da tak berbaloi sebab mahal dan tak semeriah dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...