Rabu, 27 Ogos 2014

MENCARI KESEDAPAN NASI VANGGEY


Seorang sahabat hamba kerap mengemaskini status fesbuknya di kedai makan ini apabila berkunjung di Ipoh. Nasi vanggey atau nasi ganja, begitulah yang orang selalu sebut walaupun di kedainya tertulis nasi kandar ayam merah. Kesempatan berada di Ipoh beberapa hari yang lalu membuatkan hamba tergerak untuk mencuba hidangan berkenaan. Justeru sewaktu semua urusan telah selesai, dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, hamba dan rakan-rakan singgah ke premis berkenaan.

Kedai ataupun selayaknya gerai nasi kandar ini beroperasi secara menumpang di sebuah restoran cina. Memandangkan larisnya nasi ini maka hanya makanan mereka sahaja yang dihidangkan manakala restoran cina ini hanya menyediakan minuman sahaja. Tatkala tiba kelihatan pengunjung yang berbaris mengambil makanan. Meja dan kerusi pula penuh, agak sukar jika berhajat untuk duduk semeja dengan semua rakan-rakan.

Sedap sangatkah nasi vanggey ini. Entahlah, di mulut hamba dan rakan-rakan yang turut serta rasanya biasa sahaja. Pertanyaan hamba di manakah kesedapan nasi ini tidak dapat dijawab oleh mereka. Adakah ramuan kas kas di mdalam hidangan ini telah membuatkan sebilangan orang merindui dan angau dengan hidangan ini, walLahu aalam. Tiada bezanya dengan lain-lain nasi kandar yang pernah hamba makan sama ada di line clear, Pelita dan sebagainya.

Suka hamba nyatakan premis ini pernah diserbu serta digantung perniagannya oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada tahun lalu kerana masalah kebersihan. Akan datang hamba cari kedai lain ajelah, tak payah nak beratur, lebih bersih, ada tv dan wifi lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...