Tuesday, August 26, 2014

MERDEKA 57 TAHUN ala RnR TAPAH


Dalam perjalanan ke Ipoh pada Sabtu yang lalu hamba dan anggota berhenti seketika di perhentian Tapah. Sewaktu melangkah kaki ke dalam bangunan hamba melalui sekumpulan pekerja hentian tersebut yang sedang bersila di atas lantai. Di sisi mereka berlambakan bungkusan plastik yang biasanya digunakan untuk melindungi buah. Kerana mahu segera ke tandas hamba tidak begitu menghiraukan perbuatan mereka. Hamba kira ketika itu mereka sedang mengeluarkan buah dari bungkusan tersebut. 

Setelah selesai melunaskan hajat (termasuk bersantai di atas kerusi urut) hamba kembali ke bahagian hadapan untuk membeli sedikit makanan. Barulah hamba jelas apa yang dilakukan oleh mereka ini. Rupanya mereka sedang bekerjasama menghiasi kawasan tersebut dengan hiasan bertemakan merdeka. Tidak jauh dari situ juga ada sekumpulan lagi pekerja sedang membuat hiasan. Yang menariknya mereka terdiri daripada berbilang bangsa bekerjasama untuk melakukan sesuatu dengan tujuan yang sama. Kerja-kerja yang mereka jalankan ini turut mendapat perhatian daripada pengunjung lain yang berhenti seketika bagi melihat apa yang mereka kerjakan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...