Sabtu, 25 April 2015

MENGENANG G3

Semasa sedang mencari sebuah fail, hamba terjumpa dengan sebuah sketch pad yang hamba perolehi pada tahun 2007 apabila sebuah tulisan hamba tersiar di majalah humor G3. Yang istimewanya pad tersebut turut mengandungi lakaran daripada beberapa orang kartunis majalah tersebut. Kini majalah G3 pun sudah lama berkubur menjadikan lakaran-lakaran ini begitu berharga buat hamba. Hamba amat berharap agar akan ada lagi sebuah majalah yang setanding dengan majalah ini. Hamba bosan dengan lukisan yang cenderung kepada gaya Jepun (manga). Mata hamba lebih mesra dengan lukisan serta penceritaan gaya tempatan. Beberapa majalah humor yang muncul selepas G3 juga nyawa mereka tidak panjang. Selepas beberapa keluaran ia akhirnya hilang begitu sahaja. Kita perlukan sebuah majalah yang dibarisi kartunis yang benar-benar mantap!!

Alis
                                 

Brader Yo


Aguri
Jambang
                                  

Gayour

Padi

Aan Budak Baik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...