Selasa, 23 Jun 2015

BILA TANGANKU MENGARTUNKAN ORANG


Melukis pernah menjadi hobi hamba sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Walau bagaimanapun hobi itu tiba-tiba sahaja hilang sebaik taman zaman pengajian. Walaupun ia suatu hobi, hamba sebenarnya tidak pandai melukis! Yang hamba reti hanyalah meniru! Maksudnya untuk hamba mengimaginasikan sesuatu dan seterusnya menumpahkan idea tersebut di atas kertas agak sukar sedikit. Hamba masih memerlukan rujukan dari mana-mana majalah (Hari ini lebih mudah untuk merujuk dengan adanya internet). 

Apabila seorang sahabat hamba kerap menunjukkan lukisannya (doodle) di laman FBnya, secara tiba-tiba minat itu timbul semula. Namun ianya bukanlah berlaku sepantas itu. Apabila minat melukis timbul semula, hamba telah membeli blok lukisan serta tiga batang pen lukisan berlainan ketebalan mata lukis. Kesemua peralatan itu pada mulanya hamba bawa hampir setiap hari kononnya untuk mula melukis. Tetapi setelah berbulan lamanya peralatan berkenaan masih tidak juga digunakan.

Akhirnya lebih kurang 3 bulan lalu hamba mula 'melecok'* di atas diari sebuah gambar kartun yang berpakaian baju Melayu. Selepas itu hamba lukis secara kasar sebuah karikatur seorang teman diikuti karikatur yang agak kemas berwajah boss hamba. Lepas itu hamba terhenti lagi. Tetapi sejak 3 minggu lalu sehingga pagi tadi hamba dapat buat dua lagi karikatur. Lukisannya hamba buat di atas kertas lukisan, diimbas dan kemudian diwarnakan menggunakan apps di tablet. Nak warna secara manual hamba tidak ada peralatan dan hamba rasa hamba tidak ada bakat mewarna. Dengan apss, walaupun fungsinya terhad kerana menggunakan apps yang percuma, hamba dapat buat dengan segera.

Jadi dua orang sahabat hamba sudah ada gambar baru untuk gambar profail FB mereka, hamba juga yang tak buat untuk hamba sendiri!!



*melecok - menconteng, mengikut dialek Negeri Sembilan.









2 ulasan:

  1. ::: cantik bro huhuhu.. tak kisahlah pandai atau tak melukis, yg penting hasil akhirnya cantik dan memuaskan hati semua.. kira bro nih mmg tahap rajin habis nih sbb saya yg tahu melukis nih pun malas tahap gaban nak buat. bila lama tak asah, jadi tumpul ler pula. :) salam ramadan bro, selamat berpuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa ni je rajin sikit, skrg dah mula maklas balik semenjak keje banyak bila boss bertukar keluar ni....

      Padam

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...