Friday, January 6, 2017

INIKAH SPORT CAR P. RAMLEE DALAM MADU 3?



Baru-baru ini hamba menemani isteri ke bengkel kereta mengambil kenderaan beliau yang telah siap dibaiki. Pandangan hamba tertarik ke arah sebuah kereta vintaj berwarna putih yang berada dalam proses baik pulih. Semua 'isi perutnya' telah dikeluarkan dan hanya tinggal rangka. Berkemungkinan tuan punyanya mahukan cat yang baru.

"Ini kereta sport P. Ramlee dalam Madu 3" kata pemilik bengkel, seorang lelaki yang berusia lebih pertengahan umur. Hamba jadi teruja dan lantas mengambil gambar kenderaan ini dari beberapa sudut.

"Begitulah kata pemilik dia, kalau dia tipu maka tipulah saya", jelas tuan bengkel lagi. Menurut beliau kenderaan ini dimiliki oleh seorang lelaki India yang turut memiliki banyak lagi kenderaan antik. Jelsa pemilik ini mengenali lelaki berkenaan memandangkan ini bukan kenderaan pertama lelaki berkenaan yang dibaiki beliau.







Apabila pulang hamba cuba meneliti semula filem Madu 3 bagi melihat kenderaan yang digunakan dalam filem berkenaan. Apabila diteliti walaupun kelihatan hampir serupa tetapi ada sedikit perbezaan terutama di bahagian tayar dan bahagian jeriji hadapan. Hamba tidak merasakan kereta yang di dalam filem ini ada membuat pengubahsuaian sehingga menjadi seperti gambar di atas memandangkan kebiasaan pemilik kereta vintaj tidak akan mengubah kereta mereka sehingga lari daripada bentuk asal.

Hamba rasa pakcik bengkel mungkin dah kena kelepet dengan pemilik kereta tersebut!!!








1 comment:

  1. Mungkin kereta tersebut merupakan adik beradik kereta Pramlee tu. So, pemilik tersebut dengan sukahatinya assume kete tu sport car Pramlee, cuma disebabkan model/tahun keluar/warna yang sama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...