Khamis, 29 Mac 2018

ADAKAH KAWANKU SYIAH - Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni



Sebelum ini hamba pernah mengulas sebuah buku daripada penulis ini berjudul Agenda Politik Syiah, dan isi buku ini dan yang di atas adalah hampir serupa dan berkait. Namun ada yang diberikan penghuraian dengan lebih mendalam lagi berbanding buku Agenda Politik Syiah.

Menariknya buku ini turut dimasukkan satu tulisan mengenai pelan syiah bagi menguasai dunia Islam dalam masa 50 tahun. Di mana dalam pelan ini mereka mempunyai 5 tahap dengan setiap tahap itu pelan pelaksanaannya adalah selama 10 tahun. Bagi negara-negara yang telahpun dikuasai syiah seperti Iran sendiri, pelan mereka terus memasuki tahap kedua (pada awal pelaksanaan). 

Hamba tidak tahu ketika ini pada tahap yang manakah mereka berada, tetapi hamba tertarik membaca beberapa isi kandungan pelan mereka pada pelan tahap ke-tiga antara seperti berikut:-

'Pada tahap ini sudah wujud jaringan yang kuat antara duta-duta dengan para pemilik pedagang dan pegawai atasan. Di antara mereka juga ramai yang sudah terlibat dalam barisan militer dan jajaran pemerintahan, yang bekerja dalam ketenteraan tanpa mencampuri dalam urusan agama. Ini sehingga kepercayaan penguasa lebih tinggi lagi daripada sebelumnya.

Pada tahap ini, pada saat berkembangnya perseteruan, perpecahan antara penguasa dan ulama, maka diharuskan kepada sebahagian ulama terkemuka syiah yang sudah menjadi penduduk negara itu, bagi mendominasi mereka dengan penguasa negara itu. Ini khususnya pada musim-musim ritual keagamaan syiah, sekaligus menampakkan bahawa syiah adalah aliran yang tidak membahayakan kekuasaan mereka.....'

Tentunya kita pernah membaca tentang beberapa serbuan oleh pihak penguasa agama terhadap beberapa hauzah syiah di negara ini, di mana antara yang turut ditahan adalah kakitangan kerajaan. Ini bukanlah satu kebetulan tetapi adalah satu perancangan yang rapi. Apabila ada anasir mereka menyusup dalam organisasi kerajaan, maka mereka akan mula membina pengaruh sehinggalah aktiviti mereka itu nanti akan dilihat sebagai sesuatu yang biasa sahaja dan tidak membawa kepada sebarang ancaman.

Dan jika dibaca keseluruhan sekali pelan ini, kadangkala terlintas seolah pelan mereka ini sama dengan pelan yahudi yang mahu menghancurkan Islam. Ini memandangkan corak penyebaran ajaran mereka antaranya adalah dengan menimbulkan kekacauan di dalam negara antara pemerintah dengan ulama, pemerintah denagn rakyat di mana ketika itu terjadi maka anasir merekalah yang akan muncul seolah membawa jalan penyelesaian atau pihak pendamai.

Pada tahun 2012 dianggarkan telah ada lebih 300 ribu golongan itu di negara kita. Itu tahun 2012, bagaimana pula dengan 2018? Anda rasa semakin kurang? Hamba rasa tidak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...