Selasa, 13 Mac 2018

JAMBOREE KESUKEB 2.0 2018

Pada 10 dan 11 Mac baru-baru ini, hamba dan rakan-rakan Institut telah menyertai satu jamboree yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Institut. Seorang anak buah hamba En. Halimi telah membuat satu catatan menarik tentang acara ini seperti berikut:-


*Kisah Jamboree 2.0 KeSuKeb*

1. Siri kem jati diri Jamboree anjuran KeSuKeb diteruskan lagi pada kali ini di kem latihan PLKN Ayer Keroh

2. Seramai hampir 70 orang peserta secara sukarela telah tampil menyahut cabaran pada kali ini, pada siri ini penampilan Pn Hu dan Pn Ho serta ketua Program kursus lanjutan cukup menarik perhatian

3. Sebanyak bayaran minimum RM 30 dikenakan kepada peserta, walaupun los sebenar iaitu (makan = rm 45,  baju = rm 25, insuran = rm 10 iaitu jumlah sebenar adalah rm 80), perbelanjaan selebihnya ditanggung oleh kelab

4. Semangat waja ditampilkan oleh peserta kali ini apabila berjaya menepati masa bertolak seawal 8.30pagi

5. Perjalanan selama hampir 3 jam amat berbaloi apabila melihat suasana bilik kem yang jelas mengimbau kenangan lama tidur secara dorm

6. Maka berebutlah peserta mencari kedudukan katil, berhampiran dengan plug, mahu bantal lebih, ada juga yang tidur di lantai kerana over excited

7. Aktiviti kumpulan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman kem PLKN, peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu si ayam, itik dan kambing

8. Cabaran pertama bermula apabila cabaran merempuh sembilan halangan, pertandingan berdasarkan siapa cepat dia menang

9. Pasukan ayam bermula sebagai underdog kerana pada sesi cubaan ada ahlinya agak panik gayat sehingga menangis menitiskan air mata, jelas cabaran jamboree bukan biasa biasa,

10. Sesi cubaan kumpulan kambing nampak hebat, disamping si itik yang dianggotai Pn Presiden, nampak mudah memanjat dinding 6 kaki

11. Nyata pada sesi pertandingan kemenangan berpihan kepada si ayam apabila strategi bijak dicatur ketua kumpulan ayam Hakim meletakkan kemenangan pertama milik si ayam dengan hanya 11 penalti

12. Cabaran pada malam pula untuk mencungkil bakat baru peserta melalui persembahan kumpulan yang akan diadili oleh pengadil berpengalaman iaitu Tuan Pengarah

13. Kumpulan ayam tampil dengan sketsa pak maon yang dibintangi Budin, kemudian si itik dengan teater musikal seterusnya persembahan kurang latihan si kambing, yang tergantung

14. Si itik hebat di pentas telah berjaya menambat hati juri dan dinobatkan sebagai juara diikuti si ayam ketiga si kambing

15. Peserta pulang kekenyangan setelah dihidangkan bbq dan amat terhibur dengan halwa telinga peserta Jamboree

16. Pada sebelah pagi hari terakhir dimulakan dengan senam robik

17. Cikgu robik dan abang kulat memimpin robik yang berintensiti tinggi pada saya

18. Masakan tidak hampir 9 lagu dirobikkan mereka berdua, tidak cukup dengan lagu rancak, lagu dangdut, lagu hindustan kemudian sesi warming down diiringi lagu sentimental dinyanyikan bersama semua peserta

19. Gelagat Tuan Pengarah di akhir senamrobik mendapat pujian daripada instruktor kerana masih tegap kukuh berdiri dan masih lagu tersenyum walau sejam bererobik

20. Cabaran diteruskan lagi dengan kembara hutan bandar ayer keroh

21. Pengalaman baru dan amat mencabar sekali aktivi ini apabila terpaksa merempuh pokok berduri, menuruni cerun, merentasi anak sungai becak dan paling penting bergerak dalam kumpulan

22. Walaupun didalam hutan bandar yang tebal, lagak peserta yang keletihan terhibur apabila sesi berbalas pantun antara si ayam dan si itik berjaya mengeletek hati peserta

23. Setelah hampir sejam lebih, semua peserta berjaya keluar dari hutan dengan jayanya bersama pengalaman beharga sekali

24. Setelah penat membara, cabaran jejari sotong diteruskan, kumpulan kambing yang masih belum memenangi mana mana cabaran nyata tidak putus asa

25. Kali ini si kambing berjaya mengisi air tertinggi dalam botol menggunakan jejari sotong diikuti si ayam kemudian si itik

26. Upacara penutup disempurnakan dengan amanat Tuan Pengarah yang mengucapkan tahniah kepada semua peserta

27. Peserta lelaki terbaik milik En Azhan, dan peserta perempuan pula milik CI Razalini manakala juara kumpulan milik si ayam

28. Peserta pulang kegirangan membawa pulang semangat satu hati, pengalaman beharga daripada Jamboree kali ini

29. Ramai peserta membisik harapan supaya siri Jamboree diteruskan lagi pada masa akan datang

30. Sokongan daripada peserta amatlah dihargai dan tahniah kepada barisan penganjur yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk kelangsungan program, moga bermanfaat

Sekian terima kasih

En Halimi bin Muhamad Rusli
_Ahli kumpulan ayam_
Peserta Jamboree 2.0

















1 ulasan:

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...