Isnin, 10 Mei 2021

SEPANJANG RIWAYATKU



Buku terbitan Arkib Negara Malaysia ini dikeluarkan sempena ulang tahun ke 25 kembalinya Alahhyarham Tan Sri P.Ramlee ke rahmatulLah. Menggunakan tajuk Sepanjang Riwayatku yang juga merupakan salah satu lagu nyanyian beliau, buku ini sebenarnya memaparkan gambar-gambar Allahyarham yang dibahagikan kepada lapan tajuk iaitu Simpulan Kasih, Irama Dan lagu, Antara Senyum dan Tangis, Berdendang Ria, Saling Kasih, Kata dari kalbu dan Ragam P. ramlee. Gambar-gambar yang dipaparkan amatlah ekslusif yang hamba percaya banyak yang didapati daripada koleksi peribadi Allahyarham sendiri. Banyak gambar-gambar ini yang memaparkan Allahyarham bersama orang ramai sama ada kawan-kawan atau peminat beliau.


 

UJANG & APO? BUMPER NEW-STALGIA POSA RAYA 2021


 

Tahun lepas kita raya dalam PKP. Tahun inipun begitulah juga nampaknya. Bezanya tahun lepas tak boleh keluar rumah. Tahun ini diberikan peluang untuk beraya dalam lingkungan daerah tempat tinggal. Lepas dari hari yang dibenarkan kembalilah kita duduk di rumah melayan tv ataupun talipon bimbit masing-masing. Tapi cerita di tv pun tak adalah menarik sangat. Sebut pasal tv, dulu-dulu bila saja hari raya mesti ada ditayangkan sarkas. Tapi kini tak nampak lagi sarkas di tv. Sarkas hari inipun dah tak menarik lagi kerana haiwan tidak lagi dibenarkan untuk membuat aksi pertunjukan. Jadi sebaiknya masa yang terluang itu kita isi dengan membaca Ujang &APO? bumper yang terbaharu ini sambil makan samprit dan minum air sirap.

Cover majalah kali ini dihiasi dengan hasil kerja Yaz Malee. Lama benar tak nampak lukisan beliau ini muncul. Gambar Yaz Malee memang meriah dengan suasana lebuh raya yang penuh dengan kenderaan untuk pulang berhari raya. Cukuplah kita melayan gambar ini memandangkan seperti tahun lalu jua, lebuh raya akan sepi daripada kenderaan. Tak akan kedengaranlah tahun ini orang yang sangkut dalam jem lebih lapan jam, terpaksa berbuka dan solat di tepi jalan dan sebagainya.

Kartun-kartun baharu raya tidak kurang hebatnya. Imuda dan Duku ada buat kemunculan mereka dalam edisi kali ini. Lukisan Duku pun dah nampak sedikit berbeza dari dulu tetapi lawaknya tetap maintain. Tetapi rasanya karya baharu tidak terlalu banyak dan ia banyak diseimbangkan dengan karya-karya lama yang pernah tersiar di Ujang dan APO? dulu-dulu. Hamba amat mengharapkan agar penerbit dapat menghidangkan karya-karya baharu sepenuhnya dalam edisi bumper yang akan datang. Kalau hendak disiarkan karya lamapun janganlah terlalu banyak sangat.

Edisi kali ini juga memberikan penghormatan kepada dua orang kartunis yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan yang lalu iaitu kartunis Petai dan Ayoi. Kedua-duanya pernah berkarya untuk majalah ini dan merupakan dua orang kartunis yang ternama. Cuma para kartunis yang diberikan peluang oleh penerbit untuk melakukan tribute hanya diberikan peluang untuk melukis dalam satu mukasurat sahaja dan inji tentunya amatlah tidak memadai.

Selamat hari raya Aidil Fitri dan selamat menghabiskan bacaan anda!


Ahad, 2 Mei 2021

MUFTI VS MUFTI JADIAN

Dua hari lepas ramai pakar pendidikan yang lahir, memegang lulusan sarjana dan Phd daripada Universiti of Facebook dan WhatsApp Education College. Semalam pula lahir pakar agama dan ulama yang banyak mentelaah Kitab Facebook dan mengaji di pondok WhatsApp.
Bila membaca komen-komen 'pakar' ini, terus lalu di kepala saya ayat ke 9, surah Az-Zumar,
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.
Golongan ahli ugama ini bukannya mengaji dua hari, tengok posting Facebook tujuh kali lansung boleh beri pandangan. Bertahun masa dihabiskan dengan belajar bahasa Arab terlebih dahulu sebelum mendalami isi kitab dari guru, diulangi dari guru ya bukan setakat baca sendiri sendiri. Jangan lupa Allah kata apa tentang ulama,
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambaNya adalah ulama.
Takkan pandangan orang yang suka mencarut kita mudah terima tetapi yang beri pandangan berdasarkan ilmu dan sandaran nas kita tak mahu terima. Semua ni boleh bawak bicang sedara. Tu sebab Allah kata lagi,
فاسألوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
Bila keluar berita jangan baca tajuk sahaja dan terus buat konklusi tanpa sebarang ilmu. Sudahlah tiada ilmu, beri pandangan pun ikut logik akal sahaja, nak menghasut orang lain pula. Deyyy hujah akal mana boleh lawan nas.
Tapi orang macam ni ramai yang angkat jadi pemimpin sebab terhibur dengan jenakanya. Orang suka lihat penampilan yang pelik-pelik, pakai cincin yang matanya besar batu bata, pakai tongkat. Sekaligus membenarkan tanda tanda akhir zaman - orang jahil diangkat menjadi pemimpin.
Kita ada pilihan nak menuntut ilmu ni sedara. Sedara boleh pilih nak mengaji dengan yang mempunyai ilmu atau sedara boleh mengaji dengan badut sarkas.
Tapi tak pelik kalau badut sarkas juga yang dipilihnya.
Semalam baru hari Nuzul Al-Quran kan. Bacalah Al-Quran, setakat hantar ucapan sahaja apa barang!!
WalLahu 'aalam



NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...