tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post1575600143035981805..comments2024-03-27T13:39:35.823+08:00Comments on Alam Terkembang Jadikan Guru: GILA-GILA, GAYA DAN TEMA KARTUN - Muliyadi MahamoodMIZHAR MAZLANhttp://www.blogger.com/profile/17384708325151334202noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-4920468268003575252016-11-15T23:53:38.031+08:002016-11-15T23:53:38.031+08:00Pada awal 90an saya adalah peminat majalah Gila-Gi...Pada awal 90an saya adalah peminat majalah Gila-Gila. Tidak ketinggalan mendapatkan setiap naskhah keluaran setiap kali berada dipasaran. Namun ia berubah apabila majalah Ujang diterbitkan. Langsung saya lupakan Gila-Gila. Setahun dua kebelakangan ini saya cuba merapati kembali Gila-Gila, saya akui Gila-Gila sudah tidak macam dulu seperti pada zaman gemilangnya. Isi kandungan yang agak hambar seperti banyak kekurangannya. Namun saya tetap mengikutinya dengan membelinya semula pada setiap bulan. Saya cuba menyokong semula majalah ini walaupun saya tidak berpuas hati dengan kekurangan isi kandungannya. Dalam pada itu berharap akan ada perubahannya. Jelas sebulan dua ini Gila-Gila nampak ada perubahannya. Mungkin kerana ada pihak yang ingin meneruskan kelangsungan majalah ini dalam keadaan atau suasana yang semakin lesu. Tahniah kepada mereka ini. Kepada anda yang masih sangsi sila dapatkan semula Gila-Gila terbaru kerana ada sesuatu yang sedikit lain. Harap ia berterusan. Anonymousnoreply@blogger.com