tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post3750014348563179797..comments2024-03-27T13:39:35.823+08:00Comments on Alam Terkembang Jadikan Guru: KAMPUNG TAMAN SEDIA CAMERON HIGHLANDMIZHAR MAZLANhttp://www.blogger.com/profile/17384708325151334202noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-88706082946833325672017-08-16T08:42:30.182+08:002017-08-16T08:42:30.182+08:00Terima kasih di atas tulisan di atas. Saya amat su...Terima kasih di atas tulisan di atas. Saya amat suka apabila ada perkara baru yang dikongsi bersama oleh pembaca blog ini. Saya percaya ada banyak lagi kisah kampung ini yang menarik daripada sudut sejarahnya selain daripada menjadi tempat kediaman pelancong seperti yang diketahui umum.MIZHAR MAZLANhttps://www.blogger.com/profile/17384708325151334202noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-71284261167023428562017-08-11T22:36:14.585+08:002017-08-11T22:36:14.585+08:00Assalamualaikum. Saya adalah salah seorang yang be...Assalamualaikum. Saya adalah salah seorang yang bertuah kerana tergolong dalam kumpulan penduduk generasi kedua di Kg. Taman Sedia ini. Gembira saya bila tuan menulis tentang buku karangan Pak Sako yang ada menyebut nama kampung saya ini.

Ketika arwah Pak Sako menulis buku Anak Mat Lela Gila, Kg. Taman Sedia, yang kita ketahui sekarang ini masih belum ujud lagi. Yang ada hanya satu kawasan paya gambut yang di penuhi belukar dan pepohon kecil. Taman Sedia adalah nama yang diberi orang bagi kawasan belukar tersebut. Pada masa itu, ia menjadi laluan pintas bagi mereka yang berjalan berulang alik dari Tanah Rata ke Brinchang atau sebaliknya. Orang lama ada bercerita, mereka tak berani melalui kawasan ini pada lewat petang. Katanya ramai yang pernah terserempak dengan harimau - - menunjukkan betapa kawasan itu masih lagi 'dara' pada masa itu.

Saya masih ingat melihat arwah ayah membakar tunggul kayu & memerun gambut ketika membersihkan tapak untuk di bangunkan rumah. Saya tak lupa betapa seronok rasanya bermain melompat katak di atas tanah gambut yang lembut. Kaki kita akan terbenam seakan kita memijak tilam Dunlopillo, gayanya.

Kerja menebas dan menebang memang dilakukan secara bergotong royong. Kerja meratakan tapak rumah dilakukan secara bersendirian. Lama juga masa yang diambil arwah ayah menyediakan tapak rumah. Saya ingat juga ayah sempat menanam dan menuai ubi keledek warna ungu di tapak tanah rumah tersebut.

Berbalik kepada buku tulisan Pak Sako tadi. Dalam buku tersebut ada menyebut tentang seorang puteri yang tinggal berhampiran sebuah air terjun di Taman Sedia. Memang ada sebuah air terjun di hilir sungai tak jauh dari kampung ini. Malangnya nama Parit Falls yang diberikan kepadanya sangatlah tidak sesuai dan sedap didengar. Alangkah baiknya jika ia dinamakan Air Terjun Puteri Taman Sedia?
Muzika Akustikahttps://www.blogger.com/profile/02331866057194720319noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-86696484198906759482017-08-11T22:32:58.705+08:002017-08-11T22:32:58.705+08:00Assalamualaikum. Saya adalah salah seorang yang be...Assalamualaikum. Saya adalah salah seorang yang bertuah kerana tergolong dalam kumpulan penduduk generasi kedua di Kg. Taman Sedia ini. Gembira saya bila tuan menulis tentang buku karangan Pak Sako yang ada menyebut nama kampung saya ini.

Ketika arwah Pak Sako menulis buku Anak Mat Lela Gila, Kg. Taman Sedia, yang kita ketahui sekarang ini masih belum ujud lagi. Yang ada hanya satu kawasan paya gambut yang di penuhi belukar dan pepohon kecil. Taman Sedia adalah nama yang diberi orang bagi kawasan belukar tersebut. Pada masa itu, ia menjadi laluan pintas bagi mereka yang berjalan berulang alik dari Tanah Rata ke Brinchang atau sebaliknya. Orang lama ada bercerita, mereka tak berani melalui kawasan ini pada lewat petang. Katanya ramai yang pernah terserempak dengan harimau - - menunjukkan betapa kawasan itu masih lagi 'dara' pada masa itu.

Saya masih ingat melihat arwah ayah membakar tunggul kayu & memerun gambut ketika membersihkan tapak untuk di bangunkan rumah. Saya tak lupa betapa seronok rasanya bermain melompat katak di atas tanah gambut yang lembut. Kaki kita akan terbenam seakan kita memijak tilam Dunlopillo, gayanya.

Kerja menebas dan menebang memang dilakukan secara bergotong royong. Kerja meratakan tapak rumah dilakukan secara bersendirian. Lama juga masa yang diambil arwah ayah menyediakan tapak rumah. Saya ingat juga ayah sempat menanam dan menuai ubi keledek warna ungu di tapak tanah rumah tersebut.

Berbalik kepada buku tulisan Pak Sako tadi. Dalam buku tersebut ada menyebut tentang seorang puteri yang tinggal berhampiran sebuah air terjun di Taman Sedia. Memang ada sebuah air terjun di hilir sungai tak jauh dari kampung ini. Malangnya nama Parit Falls yang diberikan kepadanya sangatlah tidak sesuai dan sedap didengar. Alangkah baiknya jika ia dinamakan Air Terjun Puteri Taman Sedia?
Muzika Akustikahttps://www.blogger.com/profile/02331866057194720319noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-53861199447521910112017-01-05T23:47:52.714+08:002017-01-05T23:47:52.714+08:00Baru tahu td drpd sepupu yg menetap di sana bahawa...Baru tahu td drpd sepupu yg menetap di sana bahawa terdapat 2 kampung dlm 1 kawasan..he heAnonymousnoreply@blogger.com