
Itulah yang saya bayangkan apabila berada di Kuala Kakus, Nanga Penyerai. Dari bandar Bintulu, hamba berkereta sejauh 85 km untuk sampai ke Kuala Sangan. Dari sana pula terpaksa menaiki bot antara 3-4 jam. Perjalanan hanya menggunakan bot yang kecil. Air sungai hampir sangat dengan ketinggian bot sehingga boleh dicapai tangan. Pada mulanya hamba leka juga mengambil gambar persekitaran. Masih lagi kelihatan perkampungan dan rumah panjang di awal perjalanan. Namun selepas dua jam hamba mula merasa bosan. pemandangan ketika itu terasa sama sahaja. Sekali sekala bot kecil ini terlanggar tunggul kayu atau balak yang tidak kelihatan yang berada di dasar sungai. Mujurlah sepanjang perjalanan pergi dan balik tidak terserempak lansung dengan sang bedal. Menurut kakitangan yang turut serta biasanya sang bedal boleh dilihat dalam perjalanan ini, namun kali ini Alhamdulillah bayangannya pun tidak kelihatan.
Hamba perhatikan air sungai yang hamba lalui berwarna coklat pekat. Ia tidak kelihatan bersih atau sesuai untuk di minum. Sekali sekala kelihatan sampah seperti botol plastik dan bungkusan makanan terapung dihanyutkan arus. Kita tahu di tempat sebegini tiada perkhidmatan pengangkut sampah seperti di bandar. Namun kesedaran sivik yang tinggi amat perlu demi untuk menjaga alam sekitar.
Telefon hamba tiada akses di sini. Internet apatah lagi. Tiada juga telefon satelit di klinik memandangkan kemudahan tersebut yang asalnya disediakan oleh sebuah kementerian telahpun tidak dapat digunakan lagi. Bekalan air hanya bergantung kepada air hujan juga air sungai walaupun agak kotor. Bekalan eletrik hanya diperolehi daripada generator yang hanya dibuka pada waktu malam untuk beberapa jam. Kipas siling di klinik tidak lebih dari sekadar hiasan kerana tidak dapat digunakan. Baru beberapa ketika di sini hamba sudah dapat merasakan kebosanan kakitangan yang bertugas di sini. Sudahlah tiada alat perhubungan, hendak keluar dari situ pula memakan masa yang panjang. Mujurlah hubungan mereka dengan penghuni rumah panjang agak baik dan memudahkan mereka untuk menumpang bot penghuni rumah panjang sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Ziarah ini sedikit sebanyak menginsafkan hamba. Bukan senang untuk mencari kakitangan yang sanggup bertugas di pedalaman. Sehubungan itu tanggungjawab orang seperti hamba untuk memastikan kebajikan mereka ini terpelihara agar perkhidmatan yang mereka sampaikan tetap berada pada tahap yang terbaik.
![]() |
Sesi meluahkan perasaan |
terima kasih kepada pihak tuan kerana telah dapat menziarahi kami yang di pendalaman..dan lawatan pihak tuan telah membuahkan hasil..banyak perkembangan positif telah berlaku selepas lawatan pihak tuan..terima kasih sekali lagi.from me.AMO Peter Kenny ..ex ic Klinik Kesihatan Kakus..
BalasPadam