
Majalah ini merupakan antara majalah yang sering dibeli oleh
ayah hamba ketika kecil. Antara majalah lain yang pernah mengisi zaman
kanak-kanak hamba ialah Kuntum, Bambino, Dewan Pelajar dan Mingguan
Kanak-Kanak. Mingguan Kanak-Kanak tidak hadir dalam bentuk majalah tapi dalam
bentuk akhbar tabloid. Kesemua ini ayah hamba belikan untuk menanam sifat suka
membaca ke dalam diri hamba.
Majalah kanak-kanak ketika itu tidaklah begitu cantik
paparannya seperti majalah pada hari ini. Ketika itu penggunaan komputer
tidaklah seperti hari ini yang begitu canggih sehingga kita sendiri boleh
melakukan rekaletak dari rumah sahaja. Paparannya lebih banyak hitam putih dari
warna. Kotak-kotak dialognya juga menggunakan tulisan tangan. Pendek kata lebih
banyak menggunakan kemahiran tangan berbanding jentera.
Majalah Bujal ini harganya Cuma RM1.00, satu harga majalah
yang payah untuk dijumpai ketika ini. Kalau adapun mungkin ia hanya majalah
lama yang dijual murah. Ada satu komik yang agak ke hadapan dalam majalah ini
iaitu ‘Kisah Trajis Di Rara Avis’ oleh S.Zain yang bertemakan angkasa lepas.
Hamba katakan agak kehadapan kerana tidak ramai pelukis ketika itu yang memilih
sesuatu yang bertemakan sains dan angkasa lepas ketika itu (rasanya hari inipun
lebih kurang juga). Juga ada satu komik jawi yang bertajuk Bujil, terkenal
kerana pusatnya yang terjojol keluar. Kerana itu kalau anda hari ini ada
terdengar orang menyebut pusat bujul, ia sebenarnya merujuk kepada watak utama
komik ini – dan tentunya orang itu satu generasi dengan saya!
Bujal, Salina & Wak Dojer...sumber bacaan masa kecik2 heheh
BalasPadamAda simpan lg ke bro? Klasik wak dojer tu
Padammacamana cara nak dapatkan majalah bujal, salina n wak dojer? best tu...majalah paling glamor zaman kecik2...hehe...
Padamkat kedai confirm memang takkan jumpa. kena rajin la cari dalam internet, terutama kat fb atau web buku terpakai. cuma harganya pun mahal la sikit...
Padam