Buku ini dihadiahkan oleh sahabat hamba Encik Nasir bin Mamat, Timbalan Pengarah (Pendaftaran Tanah) Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Kuala Lumpur sewaktu hamba berkunjung ke pejabat beliau pada 7 Mei 2012. Beliau menghadiahkan hamba buku ini kerana mengetahui tentang kecintaan hamba yang mendalam terhadap buku. Bahkan setiap kali berlansungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau sering update hamba dengan maklumat terkini yang diketahuinya. Tambah beliau lagi buku ini merupakan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Beliau percaya buku yang diterbitkan oleh DBP merupakan hasil yang amat bermutu memandangkan mereka mempunyai panel yang membuat pemilihan bahan-bahan yang berkualiti untuk diterbitkan. Beliau yang seronok membaca buku ini menghadiahkannya pula kepada hamba untuk dinikmati bersama. Walau bagaimanapun hanya selepas hampir setahun atau tepatnya pada 27 April 2013 yang lalu barulah hamba dapat memulakan pembacaan novel setebal 963 mukasurat ini. Hampir seminggu hamba cuba menghabiskannya dan hamba pulun terus lebih 400 mukasurat sewaktu menunggu isteri hamba bersalin dari petang 3 Mei hingga pagi 4 Mei. Disebabkan hanya kerusi besi sahaja yang ada, maka hamba tidak dapat tidur dengan selesa, maka setiap kali bangun hamba akan baca novel ini. Alhamdulillah habis juga akhirnya. Sebenarnya juga antara sebab hamba lambat memulakan bacaan adalah ketebalannya kerana hamba rasa hamba memerlukan satu waktu yang agak baik agar hamba dapat menumpukan pembacaan dengan sebaiknya.

Novel ini mengandungi dua kisah yang diceritakan secara berselang seli. Yang pertama adalah mengenai kisah kejatuhan Melaka yang diikuti kisah waris Sultan Mahmud dengan Tun Teja yang berusaha untuk kembali mendapatkan takhta di Melaka. Bagi tujuan tersebut Tun Hamzah telah mewujudkan kumpulan Mangku Raja bagi mengawasi serta melindungi pewaris kesultanan ini. Sebagai tanda Generasi pewaris sultan diberikan keris Melela Seri Panji dan keris Tahana. Keris Tahana pula diwujudkan sebanyak empat bilah di mana 3 bilah yang lain adalah dipegang oleh kumpulan Mangku Raja. Cerita yang kedua adalah berkenaan Tun Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang dengan usahanya mengumpulkan cerita Raja-Raja Melayu sehingga terhasilnya kitab Sejarah Melayu yang amat masyhur itu. Pada mulanya hamba fikirkan ia akan ada pertemuan di mana-mana, tapi nampaknya ia sebenarnya bergerak secara sendiri. Walau pun begitu ada juga sedikit kisah di mana Tun Seri Lanang ingin mengetahui tentang waris kesultanan Melaka dengan Kumpulan Mangku Raja.
Walaupun terdapat dua penceritaan, namun hamba dapat mengikuti perjalanan cerita ini dengan begitu baik sekali. Jalan dan gaya bahasa yang digunakan walaupun serba sedikit cuba mengikut gaya penceritaan Melayu lama amat mudah diikuti oleh pembaca. Amat wajarlah karya-karya yang bermutu sebegini dibaca oleh orang ramai. Mungkin hendak dicari di kedai buku biasa belum tentu berjumpa. Nampaknya kenalah tuan hamba mencarinya sendiri di sanggar DBP.
Penulisnya mmg pandai mengarap bahasa agar pembaca tidak jemu.. Dan di maklumkn mereka akn membukukn lagi karya yg terbaru.. Dan beliau juga telah memenangi anguerah bagi terbitan air mata raja
BalasPadamtapi sayang kan buku ini kurang dikenali......
PadamKisah penceritaan waris Sultan Mahmud - Tum Teja dalam menuntut kembali takhta kesultanan Melaka hanya sampai setakat kematian Raja Ahmadin pada 17.8.1997 dengan meninggalkan anaknya Raja Azahar dan cucunya Raja Ammar Shah. Apa yang terjadi selepas itu?
BalasPadamsaya sebagai pembaca tidak tahu apakah penceritaan itu berasarkah kisah benar ataupun sekadar penceritaan penulis sendiri. Ini memandangkan kisah2 berkenaan tidak pernah saya temui lansung pada mana2 buku sejarah.
Padam