Sabtu, 25 Mei 2013

MATA TAK BERHIJAB - Zulkifli Ahmad Idrus


Sekiranya anda mempunyai kebolehan untuk melihat ke alam lain yaani berkemampuan melihat makhluk-makhluk halus, adakah anda akan menganggapnya sebagai satu anugerah atau satu sumpah. Saya pernah mendengar satu siaran agama melalui radio, seorang ustaz yang bertanya soalan yang sama pada seorang tuan guru dimaklumkan oleh tuan guru tersebut bahawa perkara seperti itu adalah satu bala! Bagi tuan guru berkenaan ia bukanlah satu 'anugerah' kerana hati pastinya tidak akan tenteram kerana mata sentiasa boleh melihat rupa paras makhluk yang biasanya menakutkan. Kehidupan akan terganggu dan terjejas apabila sentiasa sahaja makhluk berkenaan jelas berada berhampiran.

Buku ini ditulis oleh seorang yang memiliki kebolehan sedemikian. Satu kebolehan yang bukan diminta oleh beliau sendiri yang telah disedari semenjak beliau kecil lagi. Walau bagaimanapun kebolehan beliau hanya setakat boleh melihat makhluk di alam lain sahaja tidak sampai kepada boleh berinteraksi atau menyentuh mereka. Melalui buku ini beliau cuba berkongsi beberapa pengalaman beliau bertemu dengan makhluk halus. Kebolehan beliau sebagai seorang penulis yang pernah berkhidmat di BERNAMA menjadikan penulisan buku ini menarik untuk dibaca.

Hamba dapat melihat kepayahan yang beliau tanggung akibat daripada 'kebolehan' ini. Walaupun setakat ini makhluk yang dilihat belum pernah membahayakan beliau, kehadiran mereka jelas mengganggu hidup penulis. Penulis juga kadangkala diselubungi ketakutan apabila melihat makhluk yang begitu mengerikan. Terdapat juga peristiwa di mana makhluk halus ini muncul dalam keadaaan yang baik dan mendatangkan kepercayaan kepada penulis. Makhluk yang muncul dalam keadaan seorang lelaki ini telah membantu penulis dan rakan-rakannya berjalan di dalam hutan sewaktu bertanding mencari arah.

Cerita bertemu makhluk di alam ghaib sebegini mungkin sesuatu yang susah diterima akal bagi sesetengah orang. Namun penulis sendiri tidak memaksa pembaca untuk mempercayai pengalamannya. Bagi hamba pula tiada sesuatu yang mustahil dalam hal ini dan kita tahu bukan kita sahaja yang hidup di alam ini!


Untuk ulasan Mata Tak Berhijab Siri 2, sila klik sini.





9 ulasan:

  1. Buku ini sudah masuk siri ke-2, baru terbit. Nampaknya hidup penulis tidak sebebas hidup orang biasa. Aktivitinya sering terbantut dan hidup dalam ketakutan. Bayangkan kalau kita boleh nampak kuman, susah hidup kita kan? Dalam hal ini, kita bernasib baik.

    Yang menarik, ada makhluk yang muncul seperti manusia biasa, sempurna anggota dan boleh berbual. Kalau begini penampilannya, apakah jenis makhluk ini?

    Saya berharap penulis dapat membuat kajian. Setakat ini, saya mendapati bahawa penulis hanya bercerita tetapi tidak merungkaikan hakikat makhluk tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya boleh melihat sahaja. Saya tidak dapat merungkaikan apakah jenis2 makhluk yang dilihat. Terus terang saya kata, saya tidak berminat untuk menjadi pengamal perubatan walaupun ada beberapa tawaran dihulurkan kepada saya. Saya lebih suka berkongsi apa yang dilihat. Insya Allah, mungkin penggabungan saya dengan beberapa orang 'para normal' akan menjawab persoalan anda semua. - Zulkifli Ahmad Idrus

      Padam
    2. Terima kasih atas pandangan terus drpd penulis buku sendiri.

      Padam
  2. Salam,macam mana ye nak beli buku ini...saya Tanya kedai buku sume dah habis....tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya saudari perlu berhubung terus dgn penerbit. Di kedai mmg dah sold out.

      Padam
  3. saya dah beli buku Mata tak berhijab no 2, tapi no 1 saya ketinggalan huhu :( sampai sekarang masih tercari2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah kut nak cari skrg ni. kecuali kalau yang dah beli nak jual buku dia secara buku terpakai....

      Padam
  4. Kepada yang masih mencari MTB1 dan 2, sila ke page Mata Tak Berhijab Fans

    BalasPadam
  5. Bagus jugak bacha pengalaman sebegini. Bukan semua orang ada anugerah yang diberikan oleh Allah.

    BalasPadam

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...