Baru sahaja memasuki ruang pejabat selepas pulang menunaikan solat Jumaat sebentar tadi hamba mendapat satu pesanan ringkas memaklumkan tentang pemergian suami kepada Setiausaha Bahagian hamba,Puan Rogayah A.Bakar iaitu Encik Yaakob bin Yusof yang telahpun kembali ke rahmatulLah. Sebelum Jumaat tadi hamba dan beberapa sahabat sempat menziarahi beliau yang ketika itu sedang nazak. Berkemungkinan jenazah akan dikebumikan pada petang ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar almarhum diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KITAB TAMADUN MONGOL - Amir Asyraf Alwi
Tidak banyak yang hamba ketahui tentang perkara berkaitan Mongol ini. Barangkali kalau adapun adalah tentang Genghis Khan yang hamba yakin...

-
Pertama kali membacanya adalah semasa zaman sekolah hampir 30 tahun yang lalu. Hamba membacanya sekali lagi kerana tahu bahawa novel ini s...
-
Baru-baru ini hamba menemani isteri ke bengkel kereta mengambil kenderaan beliau yang telah siap dibaiki. Pandangan hamba tertarik ke ...
-
Sebuah lagi novel yang diterbitkan sendiri oleh penulisnya. Ia menyambung kembali kisah kembara Laksamana Sunan ataupun nama sebenarny...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan