Sabtu, 1 Mac 2014

PENANG WAR MUSEUM pt.2






Kubu ini berkeluasan 20 ekar. Bagi memudahkan pengunjung, lantai laluan ditandakan dengan anak panah dan pengunjung hanya perlu mengikuti laluan anak panah tersebut sehingga ke akhir perjalanan. Terdapat satu batu yang berukir tarikh yang dipercayai salah satu laluan tersebut siap dibina. Ia tercatat pada 17-8-35, iaitu kira-kira 79 tahu yang lalu. Pengunjung akan melalui beberapa kawasan kubu pertahanan, kawasan bawah tanah tempat menyimpan senjata dan alat letupan, tapak meriam, berek, terowong dan lain-lain lagi. Hamba tak berkesempatan untuk cuba melalui terowong yang ada. Terdapat juga beberapa kubur yang dipercayai milik tentera British dan Jepun. Hamba percaya sewaktu dijumpai tentunya ada banyak senjata seperti senapang, meriam, bom dan lain-lain senjata turut dijumpai. Adakah senjata-senjata berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa, walLahu aalam, hamba tidak ada jawapannya.

Beberapa peralatan asal yang dijumpai di tapak kubu ini.

Dalam salah sebuah berek terdapat satu boneka yang digantung bagi membayangkan bahawa tempat itu pernah dijadikan kawasan penembakan tentera yang ditawan. Beberapa lubang kesan peluru jelas kelihatan pada dinding dan siling bilik tersebut. Beberapa bilik turut diletakkan beberapa bahan pameran seperti gambar lama, senjata peninggalan Jepun  serta barang-barang yang dijumpai di tapak kubu tersebut. Di kawasan hadapan pintu masuk terdapat satu wakaf yang pernah digunakan oleh General Yamashita untuk berehat. Terdapat satu gambar beliau yang sedang berehat di pondok tersebut tergantung di tempat berkenaan.


Kawasan kubu ini juga turut dijadikan kawasan permainan paint ball serta penerokaan pada waktu malam. Terdapat beberapa patung hantu yang digantung di beberapa kawasan seperti di atas pokok dan di beberapa buah berek. Hamba tidak tahu kenapa unsur-unsur tahyul dan fantasi ini diterapkan oleh pemilik kawasan ini. Beliau seolah mencampurkan unsur fakta dan tahyul. Walaupun kawasan ini dianggap sebagai keras oleh beberapa pihak, perbuatan meletakkan patung-patung hantu berkenaan adalah tidak wajar. Patung-patung hantu sebegitu layak berada di tapak funfair sahaja.



Walaupun kawasan kubu ini luas dan dikelilingi dengan pengawalan yang ketat, ia akhirnya jatuh jua ke tangan Jepun. Jepun seterusnya menggunakan kubu berkenaan sehinggalah apabila Amerika mengebom Hiroshima dan Nagasaki yang memaksa mereka menyerah kalah. Jika tidak berkemungkinan kita pada hari ini masih lagi makan penampar Jepun…..



This is absolutely not a Hard Rock Cafe!!













Tandas hanya menggunakan tong yang perlu diangkut untuk dibuang apabila telah digunakan. Sistem sebegini turut digunakan oleh bangunan lama yang dibina sebelum perang dahulu. Satu ketika dahulu juga pernah wujud jawatan pengangku najis ini. Dan hamba mendapati elaun pengangkut najis masih lagi wujud dalam senarai elaun kakitangan awam sehingga ke hari ini. Mungkin masih ada PBT yang mempunyai pekerja yang melakukan perkerjaan sedemikian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...