Ahad, 6 April 2014

JAMES BOND CAR - MERCEDES 250SE


Semalam hamba telah membeli sebuah model kereta Mercedes 250SE, model yang digunakan dalam filem James Bond bertajuk Octopussy. Model ini datang bersama sebuah majalah yang menceritakan secara terperinci berkenaan kereta dan filem tersebut. Hamba tak ingat ini keluaran yang ke berapa, tetapi hamba dah mula mengumpul semenjak keluaran pertama lagi.

Agak menarik mengenai model-model ini ia hadir di dalam kotak khas lengkap dengan gambar diorama yang turut dipetik daripada babak filem-filem Bond. Walaupun hamba bukanlah peminat tegar filem Bond, namun model-model keretanya menarik minat hamba terutamanya yang klasik.

Kereta Mercedes jenis yang ini memang hamba sukai bentuknya. Nak beli sebuah tu memang tidaklah kerana hendak menjaga kereta lama ini perbelanjaannya tentulah besar memandangkan alat gantinya yang terhad dan sukar dicari. Lainlah kalau pendapatan hamba ini enam angka besarnya.

Pengambilan gambar ini juga adalah untuk menguji kamera Samsung NX300 hamba. Setelah bertahun main DSLR yang berat, hamba teringin hendak mencari sebuah kamera yang kecil tetapi masih mempunyai ciri-ciri DSLR. Maka bridge camera Samsung ini yang hamba pilih. Gambarnya mungkin tidak secantik DSLR sedia ada walaupun menawarkan kualiti 20MP. Lagipun Samsung sendiri bukanlah sebuah syarikat yang pakar tentang kamera bagi hamba. Namun NX300 mempunyai bentuk yang agak klasik dengan ciri-ciri yang moden. Hamba belum bawanya menembak di luar lagi memandangkan cuaca kadang-kadang agak kelabu. Tengoklah 2-3 hari lagi....... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...