Khamis, 10 April 2014

PANYEE FC - KISAH KEAZAMAN YANG MENAKJUBKAN


Hamba terjumpa dengan video pendek ini di You Tube. Ia adalah beradasarkan sebuah kisah benar mengenai perjalanan sebuah pasukan bola sepak yang diasaskan oleh kanak-kanak yang tinggal di sebuah perkampungan atas air. Kampung yang dikenali dengan nama Koh Panyee (Pulau Panji) ini sebenarnya dihuni oleh masyarakat Melayu Muslim. Walaupun kanak-kanak ini meminati bola sepak, namun mereka tidak berpeluang untuk bermainnya memandangkan kawasan tempat tinggal mereka tidak mempunyai sebarang kawasan lapang untuk beriadhah.

Dengan azam yang kuat mereka membina sebuah pelantar terapung untuk membolehkan mereka bermain bola sepak. Pelantar berkenaan tidaklah rata bahkan terdapat kepala paku yang berceracakan di sana sini. Namun disitulah mereka berlatih bermain bola sepak. Penduduk kampung ketika itu memandang rendah usaha mereka dan menganggap mereka tiada masa depan dalam bolasepak.

Satu hari seorang rakan mereka membawa sekeping iklan dari tanah besar mengenai sebuah perlawanan bolasepak. Kanak-kanak ini bersepakat untuk menyertai pertandingan tersebut walaupun agak ragu pada mulanya. Mereka ketika itu tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna sebagai sebuah pasukan. Tanpa mereka sedari penduduk kampung yang selalu menyaksikan mereka berlatih telah membelikan mereka persalinan lengkap seorang pemain bola sepak. Bahkan mereka turut sama turun memberikan sokongan. Akhirnya mereka berjaya mara dalam pertandingan tersebut sehingga ke peringkat separuh akhir walaupun mereka cuma berlatih di kawasan yang kurang sempurna.

Hari ini kampung tersebut telahpun mempunyai sebuah pelantar bolasepak yang agak sempurna. Pelantar yang lama masih ada dan popular di kalangan pelancong. Panyee FC hari ini dianggap antara salah sebuah pasukan bolasepak yang terbaik di Selatan Thailand.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...