Selasa, 26 Ogos 2014

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2014M/1435H

Pada 23 hingga 25 Ogos baru-baru ini telah berlansung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). Hamba telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen bagi negeri Selangor. Biasanya boss hamba yang merupakan Timbalan Pengarah menjunjung tugasan tersebut. Tetapi memandangkan Pengarah jabatan kini bukan seorang Muslim, maka beliau telah 'naik pangkat' menjadi wakil Pengarah di majlis tersebut. Negeri Selangor diwakili oleh Dr. Muhammad Hazim bin Sharum, seorang pegawai perubatan bagi kategori qari manakala qariahnya pula adalah Puan Khatijah binti Idris seorang jururawat.

Majlis taklimat ketuan kontinjen dan peserta.

Majlis taklimat kepada ketua kontinjen dan peserta.

En. Anis mewakili qari yang tidak dapat hadir bagi mencabut undi giliran dan pemilihan surah.

Puan Khatijah mencabut undi.

Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 30 orang yang datang mewakili negeri masing-masing. Mereka terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti doktor, jururawat, pegawai farmasi, jururawat masyarakat, pegawai hal ehwal Islam dan lain-lain. Melihat golongan yang kerjayanya bukan sebagai ustaz atau ustazah tetapi menjadi ahlul Quran ini hati hamba menjadi bangga. Hasrat pihak tertentu untuk melahirkan Muslim Professional nampaknya telah membuahkan hasil. Harapan hamba agar lebih ramai lagi generasi Al-Quran yang akan lahir di negara kita dan sebaik-baiknya kita semua ini menjadi masyarakat yang bukan hanya celik Al-Quran bahkan menjadi pakar mengenai bacaan serta isi kandungannya.



Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan



Majlis pembukaan yang berlansung pada Sabtu malam itu kadang-kadang bagi hamba seolah membuang masa sahaja. Ini kerana kehadiran tetamu hanya sekadar untuk mendengar orang (VIP) bercakap, sedikit persembahan dan makan sahaja. Hanya esoknya baharu dimulakan pertandingan. Hamba merasakan sewajarnya majlis pembukaan ini dilansungkan sekali dengan pertandingan. Mungkin ia boleh dimulakan dengan bacaan dahulu pada awal pagi, dan apabila memasuki jam 10 pagi bolehlah berehat seketika untuk majlis pembukaan. Selepas itu majlis tilawah bolehlah berlansung seperti biasa. Bagi yang tidak sempat menghabiskan bacaan di sebelah malam bolehlah disambung pada keesokannya yang biasanya diadakan majlis penutup. Dengan cara ini banyak masa yang akan dijimatkan termasuk belanja pengurusan majlis. Hamba ada menyuarakan hal ini kepada seorang tetamu dan beliau nampaknya berminat dengan cadangan hamba. Rupanya negeri beliau akan menjadi tuan rumah pada musim yang akan datang.


Puan Khatijah memperdengarkan bacaan.

Dr. Hazim sebaik mengambil tempat di astaka

Hamba merasakan urusetia majlis ini boleh mengambil iktibar daripada beberapa ketidaksempurnaan kerja mereka sepanjang majlis ini berlansung. Contohnya apabila seorang qari telahpun mengambil tempat untuk memulakan bacaan, tiba-tiba diumumkan bahawa majlis berhenti rehat seketika. maka terpaksalah qari itu bangun semula kembali ke belakang pentas. Masa rehat itupun kosong sahaja kerana tiada pengisian atau jamuan. Begitu juga para tetamu yang telah dimaklumkan dalam taklimat awal sebelum itu bahawa tiada makanan pada waktu-waktu tertentu, tiba-tiba ada pula disediakan makanan. Ini kerana pihak negeri yang datang kadang-kadang telahpun mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli makanan.



Para peserta bergambar kenangan.

Alhamdulillah qari Selangor muncul johan Majlis Tilawah ini manakala qariahnya tidak mendapat tempat. Dr Hazim merupakan seorang pegawai perubatan yang masih dalam tempoh housemanship dan baru pertama kali menyertai pertandingan ini. Hamba berpandangn beliau seorang yang komited dalam kerjayanya kerana seorang urusetia hamba ada menyatakan sewaktu pertandingan diperingkat negeri dahulu beliau masih bertugas pada sebelah pagi dan pulang semula bertugas selepas tamat bertanding. Tiada rungutan penat yang keluar dari mulut beliau. Kerana itu hamba melihat Al-Quran telah menjadikan jejaka ini terdidik dengan sifat-sifat yang mulia. Seharusnya penghargaan ini diberikan juga kepada kedua ibu-bapanya.

Dr. Hazim memperdengarkan bacaan setelah dinobatkan sebagai johan.



Hamba tidak membawa D90 dalam majlis ini. Prestasi NX300 biasa-biasa sahaja dan tidaklah begitu mantap. Setiap kali tidak mampu mengambil gambar dalam jarak yang jauh, setiap itulah hamba menyesal kerana tidak membawa D90. Apo nak di kato!!




Para pemenang wanita


Tahun ini bahagian qari semuanya disapu oleh para doktor!!


Qari dan pengiringnya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...