Hamba teruja mengunjungi tempat sebegini walaupun apa yang dipamerkan kadang-kadang itu hanya barang-barang buruk dan ada sebahagiannya layak dipanggil sampah. Tapi macam orang putih kata la one man trash is another man's treasure. Melihatkan wayar-wayar buruk yang terjual hamba lantas teringatkan wayar-wayar pengecas yang hamba buang beberapa bulan sebelum itu. Keterujaan hamba lebih kepada barang-barang lama yang tidak ada dijual lagi sekarang ini. Di samping itu nak mencari juga sekiranya ada yang menjual kereta hot wheel yang agak rare!! Namun yang dicari itu tidak pula hamba ketemukan. Yang herannya ada juga helmet tentera yang diperbuat daripada besi itu. Entah mana la diorang ni dapat.
Selasa, 23 September 2014
PASAR KARAT IPOH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KITAB TAMADUN MONGOL - Amir Asyraf Alwi
Tidak banyak yang hamba ketahui tentang perkara berkaitan Mongol ini. Barangkali kalau adapun adalah tentang Genghis Khan yang hamba yakin...

-
Pertama kali membacanya adalah semasa zaman sekolah hampir 30 tahun yang lalu. Hamba membacanya sekali lagi kerana tahu bahawa novel ini s...
-
Baru-baru ini hamba menemani isteri ke bengkel kereta mengambil kenderaan beliau yang telah siap dibaiki. Pandangan hamba tertarik ke ...
-
Sebuah lagi novel yang diterbitkan sendiri oleh penulisnya. Ia menyambung kembali kisah kembara Laksamana Sunan ataupun nama sebenarny...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan