.jpg)
Sengaja hamba pilih tempat sebegini kerana penginapannya berbentuk chalet. Duduk atas tanah lebih bebas berbanding duduk di bangunan hotel yang rasanya tertutup. Dapat pula bilik yang mengadap kolam renang, perghh nikmat tak terkata. Memandangkan hamba naik bas bersama anggota maka masa perjalanan dapat hamba gunakan untuk membaca novel, satu nikmat yang susah nak dikecapi di hari bekerja. Di awal pagi pula sempat berjogging dahulu sebelum bersarapan, maklumlah makan di resort ini sedap jadi bila ada sedikit senaman seimbanglah sedikit rasanya.
.jpg)
Shah's Beach Resort ini asalnya milik seorang usahawan Melayu iaitu Allahyarham HM Shah. Hamba selalu menemui nama ini apabila membaca kisah riwayat Utusan Melayu - salah seorang tunjang utama akhbar keramat ini dahulu. Beliau juga antara orang yang rapat dengan Allahyarham P.Ramlee terutama di akhir hayat beliau bahkan sedang merancang sebuah filem bersama seniman agung tersebut ketika itu. Namun seperti yang kita tahu P.Ramlee meninggal dunia sebelum projek tersebut dilaksanakan.
Bangunan rumah yang dijadikan tempat reception resort ini agak unik. Melalui perbualan dengan salah seorang pegawai resort ini hamba dimaklumkan bahawa bangunan tersebut, termasuk sebuah bangunan yang kini dijadikan spa serta dewan yang kami semua gunakan untk berbengkel dibina sekitar tahun 1800an!! Ini bermakna bangunan-bangunan ini adalah amat lama dan berusia lebih 200 tahun. Pastinya nilai hartanahnya amat tinggi sekali.
Suka hamba menggalakkan kita memberikan sokongan terhadap resort Bumiputera ini. Insya Allah penginapan yang ada adalah memuaskan dengan makanan yang boleh diterima usus kita!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan