Isnin, 4 Mei 2015

MENGAPA SAYA MASIH MEMETIK GITAR - Yusuf Islam


Kisah mengenai Yusuf Islam atau semasa zaman kegemilangannya sebagai penyanyi pop yang lebih dikenali sebagai Cat Stevens telah lama hamba ketahui sama ada melalui bahan-bahan bacaan ataupun melalui usrah-usrah yang pernah dihadiri semasa zaman persekolahan dahulu. Penghijrahan atau kembalinya beliau kepada Islam dilihat amat hebat dengan beliau meninggalkan terus dunia muziknya serta mengubah penampilannya. Penghijrahan beliau seterusnya disusuli dengan usaha-usaha dakwahnya terutamanya di London sehingga berjaya menubuhkan sebuah sekolah Islam yang pertama di sana. Tiada lagi cerita tentang beliau dan muzik, kalau adapun yang ada hamba dengar hanyalah dendangan merdu beliau melagukan A is For Allah, itupun tanpa iringan daripada sebarang alatan muzik.

Sehinggalah pada suatu hari dalam tahun 2007 atau 2008 hamba bersua satu rakaman persembahan Yusuf di internet yang dinamakan Yusuf's Cafe Session. Rakaman untuk stesen BBC tersebut memperlihatkan Yusuf melakukan persembahan secara santai dengan diiringi oleh sekumpulan pemuzik. Penampilan beliau tanpa kopiah atau serban itu agak mengejutkan hamba memandangkan sebelum itu hamba telah mengetahui bahawa beliau tidak lagi menyanyi dengan alatan muzik. Mungkin juga ketika itu hamba telah lama tidak mengikuti perkembangan kerjaya seni beliau menyebabkan kemunculan beliau di dalam persembahan berkenaan memberikan sedikit kejutan buat hamba.

Namun sebab kemunculan beliau itu terus menjadi persoalan kepada hamba sehinggalah beberapa tahun kemudian. Berkemungkinan saudara Yusuf juga mengetahui akan persoalan berkenaan yang berlegar di minda kebanyakan peminatnya sehingga mendorong kepada penulisan buku ini. Buku yang diterjemahkan daripada buku asal berbahasa Inggeris Why I Still Carry A Guitar ini hamba temui semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini. Hamba tidak perlu berfikir panjang untuk membeli buku terbitan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia ini kerana ia adalah jawapan kepada persoalan yang bermain di minda hamba selama ini.

Di dalam buku ini Yusuf memceritakan tentang terperinci akan sebab kembalinya beliau ke arena persembahan. Ia bukanlah satu keputusan yang dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh beliau atau hanya kerana didorong oleh rasa ingin mengecapi semula kemasyhuran yang pernah dikecapi suatu masa dahulu. Hamba percaya perjalanan hidup beliau sebagai seorang muslim bukanlah berlalu kosong begitu sahaja tanpa sebarang pengisian dengan ilmu yang berguna. Yusuf telah mendalami serta membuat kajian tentang segala yang berkait tentang muzik dengan mendalam dengan menelusuri dalil-dalil yang ada serta pandangan ulama' terhadap perkara tersebut sama ada daripada golongan yang keras (syadid) ataupun yang lebih lembut. 

Beliau telah berfikir selama puluhan tahun mengenai perkara tersebut. Dalam pada itu beberapa kejadian besar yang berlaku di dunia yang melibatkan umat Islam membuatkan beliau berfikir dengan lebih mendalam akan kecelaruan tersebut seperti peristiwa penyembelihan etnik di Bosnia serta tragedi 911 yang menyaksikan bangunan World Trade Centre dirempuh dua buah kapal terbang. Kejadian 911 membuatkan umat Islam dipandang serong oleh barat. Laungan bahawa umat Islam adalah pengganas semakin kuat berkumandang. Yusuf merasakan beliau perlu memperbetulkan keadaan. Imej negatif berkenaan Islam haruslah diperbetulkan. Yusuf percaya bakat dalam seni muzik yang ada pada beliau adalah satu anugerah Allah yang harus digunakan dengan sebaiknya.

Walaupun begitu peristiwa berkenaan tidak terus menjadikan Yusuf terus terjun semula ke arena persembahan. Beliau masih lagi berfikir dan mengkaji. Sehinggalah pada suatu hari apabila anak beliau sendiri, Muhammad, membeli dan membawa pulang sebuah gitar ke rumah. Yusuf menyifatkan perkara tersebut menjadi titik persimpangan yang amat penting dalam hidup beliau. Peristiwa berkenaan memberi isyarat bahawa beliau perlu berani dan tegas berdasarkan pengetahuannya dalam Islam. Beliau perlu yakin dengan pendirian sendiri dan tidak terlalu memikirkan cakap-cakap orang.

Yusuf memberitahu bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat sebab yang membawa kepada perubahan ini seperti berikut:-

1. "Saya sebenarnya telah mengkaji perkara ini dengan teliti dalam Al-Quran serta sabda dan perbuatan Rasulullah SAW. Saya tidak mengikut fatwa sesuatu mazhab begitu sahaja, tanpa mempersolakan tafsiran teks oleh ulama' tersohor yang berpandangan negatif dan membantahnya, tidak kira betapa baik niatnya. Sebaliknya, saya menerima pandangan yang lebih positif dan kurang terbatas yang turut disokong oleh ramai ulama' memandangkan saya percaya pendapat positif lebih baik berbanding yang negatif.

2. Keimanan saya semakin kuat : sudah tentunya saya tidak akan kembali kepada budaya 'seks, dadah dan rock & roll. Disebabkan Islam, hidup saya tidak lagi dibelenggu tarikan dan pengaruh dunia muzik yang merosakkan akhlak; niat saya adalah untuk menggunakan muzik bagi tujuan yang positif, dan menyebarkan khabar yang baik menurut istihsan.

3. Mengambil kira masa dan konteks, sejak tragedi penghapusan bangsa Islam Bosnia yang berlaku di tengah-tengah Eropah, saya sedar betapa pentingnya lagu motivasi bagi menaikkan semnagat masyarakat yang dilanda musibah. Perkara ini selaras dengan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Baginda mendiamkan bantahan Umar Ibn Al-Khattab ketika mendengar beberapa puisi dalam sebuah pengembaraan tertentu dan bersabda bahawa puisi Abdullah Ibn Rawahah adalah "......lebih kuat daripada 100 anak panah" (Syamail Tirmizi, 235;5) Dari segi ilmu Feqah, turut diakui kebenaran kenyataan bahawa "keadaan menentukan pengecualian"

4. Hakikatnya muzik dimainkan di mana-mana sahaja. Di dua kawasan suci (haram). iaitu Kaabah dan Masjid al-Nabawi di Madinah, hotel dan kedai berhampiran menyediakan muzik siar pusat, program televisyen dan juga nada dering telefon bimbit, yang kesemuanya didengari oleh jemaah yang berdekatan. Jika muzik dan kegunaan praktikalnya benar-benar diharamkan oleh Al-Quran, hadith dan ijma' ulama', maka - seperti alkohol - sudah tentunya muzik tidak akan kedengaran lansung di kota suci ini. Pihak berkuasa agama di situ pasti akan merampas telefon bimbit, manakalaTV dan pembesar suara pula tentunya akan dipecahkan seperti botol bir dan wain."


Buat Yusuf, teruskan menyebar mesej Islam dan keamanan dalam lagu anda.

Wallahuaalam.

Yusuf Islam sewaktu pelancaran buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa KL baru-baru ini.
Kredit Utusan Online.

Father And Son Lyrics

It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

I was once like you are now
And I know that it's not easy
To be calm when you've found
Something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow
But your dreams may not

How can I try to explain?
When I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk
I was ordered to listen
Now there's a way
And I know that I have to go away
I know I have to go

It's not time to make a change
Just sit down, take it slowly
You're still young, that's your fault
There's so much you have to go through
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

All the times that I've cried
Keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it
If they were right I'd agree
But it's them they know, not me
Now there's a way
And I know that I have to go away
I know I have to go

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...