Rabu, 17 Jun 2015

ROSLI MENGAMUK! - Dee



Huh! hamba sendiri tak menyangka bahawa siri kartun Hello Boss di Utusan Malaysia telah menjangkau 24 tahun umurnya. Kalau dikira pada manusia, ia adalah seorang anak muda yang barangkali telahpun tamat atau sedang mengikuti pengajian di universiti. Jarak masa yang panjang ini menunjukkan bahawa siri kartun tersebut mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga membolehkan ia bertahan begitu lama. 

Siri kartun di Utusan sememangnya mempunyai beberapa tajuk yang hebat. Pada masa ini selain Hello Boss, tentunya siri Mamak cyber juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Siri kartun di Utusan pada masa lalu juga tidak kurang hebatnya dan hamba amat meminati siri Keluarga Din Teksi oleh Nan serta Prebet Dabus oleh Rejabhad.

Buku Rosli Mengamuk! adalah merupakan kompilasi terpilih siri Hello Boss dan tidak mengandungi sebarang kartun baru. Sewajarnya dalam koleksi istimewa seperti ini penulis turut memasukkan beberapa kartun Hello Boss yang hanya dapat dibaca di dalam buku ini sahaja dan tidak akan terbit di akhbar sepertimana yang biasa dibuat oleh kartunis lain di dalam kompilasi mereka. Dengan itu kompilasi ini akan mempunyai nilai ekslusif yang tersendiri.

Walaupun ada beberapa perkara baru yang dicatatkan seperti tentang diri pelukis, kata-kata hikmah, nota ringkas di sebalik lukisan, tetapi ia adalah terlalu ringkas sedangkan pembaca seperti hamba mengharapkan lebih daripada itu. Kartun yang di akhbar disiarkan dalam warna hitam, putih dan merah sahaja ini telah diwarnakan untuk tujuan kompilasi ini. Sayangnya dalam usaha tersebut terdapat beberapa kartun yang 'hilang' kotak dialognya menjadikan pembaca tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan melalui watak-wataknya. Hamba harap keterujaan semua pihak di dalam menerbitkan kompilasi ini tidak menyebabkan ia lupa disemak semula sebelum ke peringkat percetakan.

Apa yang sering dipaparkan di dalam Hello Boss sering berlaku di dalam kehidupan harian kita di pejabat, tidak kiralah di sektor awam mahupun swasta. Ia adalah satu sindiran tajam dalam bentuk humor yang wajar kita ambil perhatian. walaupun ia sekadar jenaka, tetapi mesejnya kadangkala mendalam. Ia adalah kritikan halus buat semua pekerja serta pemimpin di pejabat.

Khabarnya tahun depan akan keluar satu lagi kompilasi. Hamba harap kompilasi Mamak Cyber juga berada dalam radar pemikiran keluarga Utusan!!

2 ulasan:

  1. Assalamuaikum..bang..kat mana nk beli komik ni?

    Amri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kedai buku utusan, atau dapatkan borang pesanan dalam majalah keluaran utusan seperti mastika....

      Padam

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...