Isnin, 25 September 2017

AMALAN BERMAZHAB PERLU ATAU TIDAK? - Maszlee Malik



Buku ini kecil dan nipis sahaja. Harganya juga amat murah iaitu RM3 sahaja. Namun ia mengandungi ilmu pengetahuan ayng tidak ternilai harganya. Buku ini menghuraikan secara ringkas tentang keperluan amalan bermazhab. Adakah kita berpada dengan satu mazhab, pelbagai mazhab atau tidak mengikuti mana-mana mazhab.

Hari ini perbahasan tentang mazhab ini semakin hangat di media sosial. Kebanyakannya hamba lihat seperti tidak habis belajar sifatnya. Jenis ini tidak belajar dari A atau dari permulaan. Mereka ini belajar terus di pertengahan, merasakan diri sudah cukup hebat dan kemudiannya berhujah dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang kadangkala tidak lansung menggambarkan orang yang berilmu. Tambah memualkan apabila ada yang menggunakan carutan serta kata cerca nista yang lain. Justeru, buku ini hadir sebagai pengetahuan ringkas khususnya untuk orang seperti ini. Namun untuk menagatakan kita telah pandai setelah membaca buku ini tidak sama sekali. Buku ini umpama kunci untuk membuka banyak lagi pintu. Pembaca seharusnya mencari lagi ilmu tambahan dengan bersila mengadap tuan-tuan guru yang mursyid.

Jangan sekali-kali berguru dengan ustaz Gugel!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...