Rabu, 11 Oktober 2017

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN - Liana Afiera Malik

Novel ini dikatakan pernah menjadi novel terlaris pada zamannya. Dikatakan juga novel ini kini boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga asalnya memandangkan ia tidak lagi dicetak, apatah lagi penulisnya sendiri telahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Namun ketika novel ini hangat di pasaran hamba tidak berpeluang membacanya sehinggalah bertemu naskhah ini di perpustakaan jabatan 3 minggu yang lalu. Lantas hamba baca untuk cuba mencari dimana 'kesedapan' novel ini.

Mungkin juga novel gaya sebegini bukannya menjadi kegemaran hamba membuatkan hamba merasakan Bukan Puteri Lindungan Bulan hanya biasa-biasa sahaja. Membacanya juga umpama menonton drama-drama Melayu jam 7 petang di televisyen. Sarat dengan kisah kehidupan orang Melayu korporat yang punya gelar Datuk, Tengku dan Tan Sri. Mungkin ketika itu kisah bercorak sebegini agak diminati tetapi rupanya sampai hari ini tv masih ghairah dengan kisah sebegini yang nyata kebanyakannya jauh dari realiti orang Melayu itu sendiri.

Novel ini lebih tertumpu kepada satu watak iaitu Larasati Aisya yang juga dipanggil Puteri di kalangan keluarga dan teman rapatnya. Digambarkan sebagai anak muda yang masih menuntut dalam bidang undang-undang, terpaksa berhenti seketika daripada pelajaran kerana menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibu beliau telah berkahwin lain, dengan teman rapat bapanya dahulu membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir yang digambarkan pada permulaan sebagai seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara. Perkahwinan abang Lara , Lukman Alif aka Luke dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu. Digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang, Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara bahkan bertindak membawa bersama suku sakatnya masuk bekerja. Kisah Sabrina mula 'perlahan' setelah Lukman terlibat dalam kemalangan helikopter di Sarawak dan hilang. Sabrina ditangkap khalwat dengan Zakuan dan dituduh menggelapkan wang syarikat sebanyak 6 juta. Beliau yang pada mulanya mengemukakan pelbagai tuntutan apabila mengemukakan permohonan fasakh terpaksa akur dengan tawaran yang diberikan Lara/Syed Hishamuddin kerana tidak mahu rakaman mereka tertangkap diketahui umum.

Peristiwa Lara diperkosa sehingga dua kali oleh Zakuan mungkin merupakan permulaan kepada sebuah konflik yang penuh hura hara dalam hidup Lara. Peristiwa itu membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Berita Lara mengandung membuatkan Zafir keliru dan tidak mengakui anak itu adalah benih beliau. Datang pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang nula masuk daun yang akhirnya membawa kepada pernikahan mereka berdua dengan direstui Lara.

Tengku Farah pula bersifat seperti sesumpah, sekejap berwatak baik, sekejap amat iri dengan Lara. Pada ketika beliau berada pada watak hitam inilah banyak masalah timbul pada lara. Zafir dikawal sehingga susah untuk balik bertemu Lara. Pelbagai alasan yang digunakan untuk mengikat Zafir. Zafir pula jenis lembik tengkuk yang hujung-hujungnya kalah juga dengan tindakan Farah. Cuma pada hujung-hujung cerita barulah ada ketikanya Zafir berkeras dengan Farah sehingga naik tangan kepada beliau. Itupun beliau akan lembik tengkuk juga selepas itu.

Kemuncak cerita adalah setelah Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah. Ia membawa pula kepada penculikan anak-anak Lara oleh Zafir sendiri. Dan seperti adat cerita Melayu yang suka penyelesaian dengan cara kematian, Farah meninggal kerana kanser, Zafir meninggal kerana kemalangan, dan oh ya sebelum itupun Sabrina turut meninggal kerana kemalangan. Lara pula tidak sedarkan diri sampai pengakhiran kisah setelah mendengar berita perginya Zafir.

Apa yang hamba tulis di atas tidak mungkin dapat mengungkapkan kesemua kisah dalam novel ini yang tebalnya melebihi 1200 mukasurat. Tetapi secara keseluruhannya novel ini pada hamba hanya biasa-biasa sahaja. Tidak banyak babak suspen yang ditampilkan. Kesudahan sesuatu perkara boleh diagak oleh pembaca seperti mana lazimnya juga drama Melayu. Penulis kerap kali mengulang-ulang tulisannya dalam gaya yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama, kerana itu novel ini boleh menjadi tebal.

18 ulasan:

  1. Assalam, sy ada novel ni. Betul, kisah biasa2 sahaja sehingga tidak terkesan di hati hamba.

    Baru tahu juga penulisnya telah tiada.. Al-Fatihah kuhadiahkan...

    BalasPadam
  2. Ada lagi tak novell nii??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Saya ada semua koleksi arwah. A bit pricey sebab buku ni rare.
      Boleh email saya :

      sayblueright7@gmail.com

      Padam
  3. Balasan
    1. Salam. Saya ada semua koleksi arwah. A bit pricey sebab buku ni rare.
      Boleh email saya :

      sayblueright7@gmail.com

      Padam
  4. Liana afiera malik ataupun nama sebenar beliau Juliana Sukmawati Afiera Malik , thanks for blog owner bangkitkan zaman kegemilangan beliau , genap sebulan arwah meninggal , Suami beliau pula meninggal , kini 3 org anaknya menjadi yatim piatu ...
    #al fatihah maklang ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm saya tidak tahu tentang fakta itu. Terima kasih. Kita yang tinggal doakanlah yang baik-baik.

      Padam
    2. Arwah kawan sekolah saya, kami agak rapat. Mama dia yg saya juga panggil mama, pun dah pergi tak lama sblm tu. Lepas kali terakhir dia call saya, kami terputus hubungan sbb sy tukar nombor. Setahun kmdn, sy bukak simkad lama untuk dptkan nombor dia. Sy call x dapat. Kmdn suami sy maklumkan yg dia dah xde, itu pun selepas dia baca pengumuman Creative Enterprise. Dia pernah bgtahu saya, dia memang tak suka tonjolkan diri. Biar identiti dia orang tak tahu. Dia nak hidup bebas dari populariti. Saya tak pula tahu yg suami dia pun meninggal juga. Innalillahiwainnailaihirojiun. Siapa yg pelihara anak² dia sekarang ? Saya harap blog owner boleh ambik iktibar, mati berturut-turut ni bkn dlm cerita shj. Arwah Juliana selalu menggarap cerita berdasarkan apa yg berlaku di sekelilingnya juga.

      Padam
  5. Puas sy cari buku ni.dulu pernah ada slm simpanan.. tp xtau mana hilangnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun biasa begitu dengan buku2 saya. Kadang2 bila ingat dah hilang saya beli pula yang baru.

      Padam
  6. best juga novel ni, ambil masa sebulan lbh nak habiskan.. haha

    BalasPadam
  7. Btw. Buku ini diterbitkan sebelum zaman tv mengadaptasi novel2 menjadi sebuah drama pukul 7. Jadi tidak adil untuk samakan tulisan beliau yang wiujud sebelum drama2 pukul 7 seperti yang disebut.

    BalasPadam

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...