Isnin, 30 April 2018

DI HUJUNG MUNCUNG MESINGAN




Sekilas membaca tajuknya tentunya bakal pembaca membayangkan bahawa travelog ini penuh dengan cabaran dan rintangan. Setidak-tidaknya ada ketika penulis memang diacukan mesingan. Namun usahlah hampa jika apa yang difikirkan itu tidak berlaku sama sekali.

Penulis melakukan satu perjalanan yang agak merbahaya ke kawasan bergolak di Pulau Mindanao. Ketika itu pulau ini sedang dalam peringkat menuju keamanan setelah perjanjian ditandatangani di antara pihak kerajaan dan para pejuang. Merbahaya kerana keamanan belum terjamin seratus peratus. Kejadian penculikan masih berlaku apatah lagi pembunuhan. Namun hamba percaya penulis agak beruntung kerana banyak mendapat bantuan khususnya daripada diplomat kita yang berada di sana walaupun perancangan awal beliau untuk bersama orang tempatan terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan.

Justeru keberadaan bersama wakil kerajaan Malaysia berkenaan telah mengurangkan sedikit suasana bahaya terhadap penulis. Namun penulis terasa getirnya pada beberapa keadaan khususnya apabila bermusafir sendirian menaiki bas, berjalan sendirian di sekitar Barangay Artiaga Mabini serta apabila terpaksa menunggu buat beberapa lama sebaik tiba di Cotabato dari Davao sebelum dijemput pasukan IMT.

Hamba dapat merasakan betapa berharganya pengalaman penulis apatah lagi berhasil bermusafir seorang diri dengan maklumat yang agak terhad, serta berada di akwasan yang merbahaya. Namun skill penulisan beliau sebenarnya tidak berapa memberikan rasa suspen dan cemas itu ke dada pembaca sehingga hamba pada peringkat tertentu terasa seumpama membaca catatan biasa sahaja. Beliau boleh sahaja membangkitkan emosi pembaca khususnya apabila menceritakan tentang kepayahan hidup masyarakat di sana yang serba serbi kekurangan. Namun hamba tidak merasai kesayuan itu.

Tidak terlewat untuk penulis memperbaiki skil penulisannya. Apapun tabik orang Seremban!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...