Khamis, 10 Januari 2019

LAWAK SEMBANG BINATANG - Nud's



Hamba percaya bahawa kartunis antara golongan yang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga berinformasi dan sentiasa mencari bahan bacaan bagi melahirkan idea dan persembahan kartun yang mantap. Mereka menyampaikan mesej mereka secara halus, santai dan jenaka tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa. Tetapi tidak dinafikan juga terdapatnya kartun berbentuk satira yang begitu menikam jiwa dan kadangkala menyakitkan golongan sasarnya. Walaupun begitu kartun satira masih lagi tampil dengan gaya lukisan jenaka walaupun mesejnya menusuk pilu.

Dalam Sembang Binatang, kartunis Nud's menyampaikan mesej-mesejnya melalui lakaran binatang yang 'dimanusiakan'. Maksud hamba, beliau bukan membawa jenaka dalam dunia haiwan itu sendiri sepertimana Jungle Jokes oleh Jaafar Taib. Tetapi beliau memanusiakan haiwan itu sambil membawa kisah-kisah yang berlaku dalam hidup masyarakat seharian. Antara isu yang dibawa oleh Nud's ialah pencemaran alam sekitar, bahaya mercun, bahaya rokok, kepentingan pelajaran dan pelbagai lagi. Semua ini disampaikan secara sinis dan jenaka melalui watak-watak yang melucukan. Setiap kisah cuma disampaikan melalui kartun dua petak yang tidak memerlukan pembacaan yang panjang. Selain itu Nud's turut menyelitkan kartun bonus bertajuk REMPIT di mana wataknya kali ini bukan lagi di kalangan haiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...