Sabtu, 3 Ogos 2019

DEAR MADAM PRESIDENT - Jennifer Palmieri



Buku ini merupakan sebuah surat terbuka buat bakal presiden Amerika daripada golongan hawa. Ya, ia adalah sebuah kekecewaan selepas kekalahan Hillary Clinton selepas pilihanraya presiden tahun 2016. Hasrat untuk melihat seorang presiden daripada kalangan wanita berkecai begitu sahaja. Pada awalnya kumpulan kempen Hillary tidak menjangkakan ia tidak akan terlalu sukar untuk rakyat Amerika menerima seorang pemimpin wanita memandangkan mereka telahpun bersifat terbuka sebelum itu untuk menerima seorang presiden yang berkulit hitam.

Jeniifer Palmieri merupakan pengarah komunikasi bagi kumpulan kempen Hillary. Di dalam buku ini beliau telah menyampaikan pesanan beliau kepada bakal wanita yang akan menjadi presiden kelak. Bagi beliau jalan untuk wanita menjadi presiden selepas ini akan menjadi lebih mudah kerana Hillary telahpun membuka dan memudahkan perjalanannya. 

Di dalam buku ini beliau menceritakan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas tamatnya pilihanraya presiden. Penulis turut memuatkan beberapa kisah yang melibatkan leadership beberapa pemimpin yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini terutamanya Presiden Barrack Obama. Bab 3 dalam buku ini adalah bab yang paling hamba minati. Antara lain penulis membawakan kisah keadaan dalam bilik mesyuarat Obama di mana beliau akan memastikan bahawa semua yang hadir akan bercakap dan memberikan pandangan mereka. Bagi Jennifer tindakan presiden tersebut bukanlah kerana beliau bersifat polite sebaliknya presiden memang memerlukan pandangan mereka. Justeru pada diri kita sendiri apabila menghadiri sesuatu mesyuarat, kita perlu mengambil peluang untuk bercakap dan memberikan pandangan agar sesuatu isu yang dibincangkan akan mendapat hasil yang terbaik.

Penulis kadang-kadang dilihat seperti tidak dapat menerima hakikat akan kekalahan Hillary lantas menyifatkan ia kerana dunia seolah tidak dapat menerima kehadiran pemimpin daripada kalangan wanita. Kerana itu sepanjang pembacaan buku ini kita akan dapat melihat nasihat-nasihat beliau kepada para bakal pemimpin ini yang menekankan perlunya cara kepimpinan wanita yang tersendiri jauh daripada bayangan lelaki. Hamba tidak merasakan demikian kerana di bahagian lain dunia ini telahpun ada beberapa negara yang pernah mempunyai pemimpin daripada golongan wanita. Ini seperti Margaret Thatcher, Benazir Bhutto, Theresa May, Angela Merkel, Indira Ghandi, Jacinda Ardern dan lain-lain lagi. Bahkan negara kita juga trelah dapat menerima Timbalan Perdana Menteri wanitanya yang pertama. Barangkali rakyat Amerika telah lama melihat akan kelibat Hillary Clinton semenjak zaman suaminya Bill Cinton menjadi presiden sehinggalah sebagai Setiausaha Negara pada zaman Barrack Obama. Ia impama rakyat negara kita yang merasa telah terlalu lama berada dalam kepimpina kerajaan yang dahulu lalu mereka mahu melihat satu corak kepimpinan yang baharu.

Terdapat juga beberapa perkara positif yang penulis nukilkan yang hamba dapat ringkaskan seperti; dalam keadaan sibuk bagaimanapun kita perlu juga ada masa untuk diri kita sendiri seperti berjalan-jalan di waktu petang untuk melepaskan tekanan, masa untuk beribadat serta masa untuk bersama ahli keluarga. Kadang-kadang apabila merasakan seuatu tekanan itu amat memuncak, penulis mend\cadangkan agar kita meleraikannya dengan menangis. Ia bukannya tanda kelemahan diri kita, sekadar menenangkan emosi yang terganggu. Selain itu ada beberapa perkara yang beliau nukilkan dalam buku ini yang bersifat kepimpinan yang boleh sahaja kita amalkan dalam organisasi yang kita pimpin.

Ulasan buku ini telahpun hamba bentang secara rasmi di hadapan tiga orang panel penilai di Institut Tadbiran Awam Negara pada 2 Ogos 2019 yang lalu. Ia telah hamba ringkaskan seperti dalam slaid power point seperti di bawah:-







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...