Selasa, 6 Ogos 2019

MISI LINDA - Naim Tamdjis



Naskhah ini tidak ada dijual di mana-mana kedai buku setakat tulisan ini. Penulis telah menjualnya sendiri sekitar 300 ke 400 naskhah dan kini diambil alih oleh rakannya. Untuk maklumat lanjut para pembaca dinasihatkan untuk mengikuti laman FB beliau.

Sepertimana tajuknya, kisah seram ini memfokuskan hanya kepada gangguan oleh entiti yang dinamakan Misi Linda, seorang jururawat yang dikatakan mati akibat disihir. Tiada konsep hero atau heroin yang membantu menyelesaikan masalah. Hanya semata-mata Misi Linda yang melakukan gangguan kepada beberapa orang serta lokasi yang berbeza. Memandangkan karya ini terlebih dahulu disiarkan di atas talian maka penceritaan bersiri demikian agak sesuai bagi memberikan debaran kepada pembaca untuk menunggu siaran episod seterusnya. Penceritaan Misi Linda agak santai dan tidak begitu terasa akan keseramannya. Unsur-unsur debaran juga adalah tidak keterlaluan serta tidak akan menghalang anda untuk ke bilik air pada waktu malam. Membaca Misi Linda mengingatkan hamba kepada siri kisah-kisah seram yang pernah tersiar di Mingguan Malaysia. Terdapat juga beberapa kesalahan ejaan yang boleh dibetulkan dalam cetakan akan datang seperti cenggerik - cengkerik, bergerigi - bukan kesalahan ejaan tetapi dalam konsep penceritaan perkataan yang sesuai adalah berjeriji, oftomologi - oftalmologi dan bilik tisu - yang hamba rasa lebih sesuai digunakan 'bilik spesimen'.

Terdapat dua kisah tambahan yang dijadikan bonus iaitu Hipnosis dan Azab yang hamba rasa mungkin satu hint kepada penulisan yang akan datang memandangkan ia terlalu ringkas dan ada persoalan yang tergantung tidak terungkai!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...