Khamis, 13 Ogos 2020

KOMIK - M BUMPER

 

Komik M bumper ini bukanlah baharu tetapi cetakan tahun 2014. Kisah-kisah yang dipaparkan mempunyai tema yang sama iaitu komik, iaitu kisah-kisah yang berkaitan dengan komik. Menampilkan karya 14 orang komikus tempatan, ada yang mempunyai gaya melukis dan idea yang baik dan ada yang sederhana. Secara peribadi hamba lebih menyukai gaya lukisan tempatan yang lansung tidak dipengaruhi gaya asing seperti manga atau manhwa.

Satu kelebihan Komik-M, selain daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul, kebanyakan komiknya 'berisi' maksud hamba mempunyai mesej baik yang disampaikan secara tidak lansung kepada pembaca. Kadang-kadang terasa umpama membaca buku sekolah pelajaran bahasa Melayu pun ada juga. Tapi itulah keistimewaan Komik -M berbanding produk lain. Justeru ibu bapa tidak perlu bimbang kerana komik mereka tidak mengajar pembaca menggunakan bahasa yang tidak baik apatah lagi mencarut. Kisah yang disampaikan memberi pengajaran serta tiada lukisan yang berkategori 18SX.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...