Ahad, 9 Ogos 2020

WATER : THE SINGAPORE-MALAYSIA DISPUTE, THE FACTS

 

Isu air dia antara Malaysia dan Singapura merupakan perkara yang menjadi api dalam sekam dalam hubungan di antara kedua buah negara. Ia bagaikan tidak berkesudahan akibat tiadanya sifat bertolak ansur daripada pihak di sebelah sana. Malaysia selama ini menjual air mentah kepada Singapura dengan harga yang tidak munasabah iaitu 3 sen per 1000 gelen. RM3 sen adalah bersamaan 1.4 sen Singapura atau 0.8 sen dollar Amerika. Walaupun Singapura menjana keuntungan sebnayak RM662.5 juta daripada air mentah Malaysia pada 2001, Singapura hanya membayar kepada kerajaan Johor sebanyak RM2.39 juta atau S$1.09 juta atau US$628,947 untuk bekalan air sepanjang tahun tersebut. Ini bermakna setiap orang rakyat Singapura hanya membayar sebanyak 26 sen Singapura atau 15 sen dollar Amerika setahun! Bayangkanlah rakyat Johor sendiri (tahun 2020) membayar sebanyak 80 sen untuk penggunaan 20 meter padu air. (sila rujuk https://www.span.gov.my/document/upload/AtBz79IrBNcxpXRh9R2SXYAcr1cAZ5oK.pdf ) erti kata lain Singapura mendapatkan bekalan air mentah Malaysia sebanyak yang mereka mahu sepanjang tahun hanya bersamaan dengan satu cebis gigitan Big Mac sahaja! Apa yang Malaysia mahu hanyalah bayaran yang setimpal dengan apa yang diberikan. Apa yang boleh dibeli dengan 3 sen hari ini. Nak dapatkan sebiji gula-gula pun tak lepas apatah lagi sebungkus nasi lemak telur dipotong enam!

Singapura memperlekehkan tuntutan harga baru tarif air oleh Malaysia melalui satu dokumen bertajuk "Water Talks? If Only It Could" pada tahun 2003 oleh Singapore Ministry of Information, Communications and the Arts. Sebagai menjawab tuduhan berkenaan, maka kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah mengeluarkan dokumen seperti di atas. Dokumen ini telah dijual dengan harga 3 sen sahaja dan laku seperti goreng pisang. Kerajaan menjual dokumen ini dengan harga 3 sen dengan tujuan supaya rakyat berfikir adakah dokumen berkenaan yang dicetak mengggunakan kertas yang bermutu dengan bidang yang besar masuk akal jikalau dijual dengan harga 3 sen sahaja. Sekiranya harga berkenaan untuk dokumen ini sahaja adalah tidak masuk akal harganya, apatah lagi dengan jualan 1000 gelen air.

Maka di dalam dokumen ini Malaysia telah menjawab beberapa tuduhan Singapura dalam isu air ini antarnya:-

* Sekiranya harga 3 sen per 1000 gelen merupakan harga yang tidak masuk akal - ia adalah disebabkan salah Malaysia sendiri;

* Malaysia telah hilang hak kelayakan untuk menyemak kembali harga air;

* Malaysia telah banyak kali bersetuju dengan harga air......;

* Malaysia berulangkali mengingkari perjanjian walaupun telah bersetuju beberapa kali;

* Singapura beroleh kerugian kerana memberikan subsidi kepada Johor;

* Singapura telahpun menanggung kos operasi dan infrastruktur; dan lain-lain lagi.


Ini isu hangat tahun 2003. Sekarang telah 2020 dan pelbagai perubahan dari segi harga barangan telah berlaku. Tentunya harga barangan hari ini adalah lebih mahal berbanding 2003. Dan generasi hari nini pastinya menggeleng kepala dengan lebih laju apabila mengetahui mereka membayar harga yang berkali ganda mahal berbanding dengan apa yang dinikmati jiran mereka!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...