Ahad, 18 April 2021

ANTI VAKSIN

 @ - Hah tengok, betul tak apa yang pakcik kata dulu, vaksin vaksin ni tak guna. Orang yang dah ambik dua dos pun kena kobid jugak. Ikut je macam pakcik, pagi-pagi berjemur bawah matahari pas tu ambik vitamin C.

# - Hmm bagus pak cik rajin berjemur dan ambik vitamin C. Patut pak cik nampak gelap. Ingatkan pak cik gelap sebab berkebun, rupanya saja- saja berjemur ya. Hmm pak  cik ada pakai motor kan? Pak cik pakai topi keledar tak bila menunggang?

@ - Mestilah pak cik pakai!

# - Kenapa pak cik pakai topi keledar?

@ - Isy bodoh kau ni, mestilah untuk menjaga keselamatan diri.

# - Pak cik rasa kalau pak cik kemalangan adakah pak cik tak akan cedera lansung disebabkan pakai topi tu. Katakanlah pak cik eksiden dengan lori ikan.

@ - Kalau kena langgar lori mestilah parah pak cik nak oii!

# - Kalau macam tu tak ada gunalah pak cik pakai topi keledar sebab masih cedera kan!

@ - Walaupun cedera, tapi kurang-kurangnya tidaklah separah kalau tak pakai topi. Kurang-kurangnya kepala pak cik masih terjaga. Bodoh betul kau ni.

# - Macam tu lah juga dengan vaksin pakcik. Walaupun masih kena serangan virus, tetapi vaksin tu dapat melindungi tubuh daripada mudarat yang lebih besar. Walaupun kena, tubuh masih lagi kuat melawan. Yang dah ambil vaksin melebihi 450 ribu orang. Yang kena baru 40 orang bersamaan 0.009%. Masih ada lagi 99.991% yang masih sihat.

@ - Hmm betul juga kata kamu...bodoh jugak pak cik ya..

# - Tak lah, kan pak cik bijak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI - J.K. Rowling

Buku ini merupakan terjemahan bahasa Melayu kepada Fantastic Beasts And Where To Find Them . Ia adalah merupakan skrip asal kepada sebuah fi...