Ahad, 2 Mei 2021

MUFTI VS MUFTI JADIAN

Dua hari lepas ramai pakar pendidikan yang lahir, memegang lulusan sarjana dan Phd daripada Universiti of Facebook dan WhatsApp Education College. Semalam pula lahir pakar agama dan ulama yang banyak mentelaah Kitab Facebook dan mengaji di pondok WhatsApp.
Bila membaca komen-komen 'pakar' ini, terus lalu di kepala saya ayat ke 9, surah Az-Zumar,
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.
Golongan ahli ugama ini bukannya mengaji dua hari, tengok posting Facebook tujuh kali lansung boleh beri pandangan. Bertahun masa dihabiskan dengan belajar bahasa Arab terlebih dahulu sebelum mendalami isi kitab dari guru, diulangi dari guru ya bukan setakat baca sendiri sendiri. Jangan lupa Allah kata apa tentang ulama,
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambaNya adalah ulama.
Takkan pandangan orang yang suka mencarut kita mudah terima tetapi yang beri pandangan berdasarkan ilmu dan sandaran nas kita tak mahu terima. Semua ni boleh bawak bicang sedara. Tu sebab Allah kata lagi,
فاسألوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
Bila keluar berita jangan baca tajuk sahaja dan terus buat konklusi tanpa sebarang ilmu. Sudahlah tiada ilmu, beri pandangan pun ikut logik akal sahaja, nak menghasut orang lain pula. Deyyy hujah akal mana boleh lawan nas.
Tapi orang macam ni ramai yang angkat jadi pemimpin sebab terhibur dengan jenakanya. Orang suka lihat penampilan yang pelik-pelik, pakai cincin yang matanya besar batu bata, pakai tongkat. Sekaligus membenarkan tanda tanda akhir zaman - orang jahil diangkat menjadi pemimpin.
Kita ada pilihan nak menuntut ilmu ni sedara. Sedara boleh pilih nak mengaji dengan yang mempunyai ilmu atau sedara boleh mengaji dengan badut sarkas.
Tapi tak pelik kalau badut sarkas juga yang dipilihnya.
Semalam baru hari Nuzul Al-Quran kan. Bacalah Al-Quran, setakat hantar ucapan sahaja apa barang!!
WalLahu 'aalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...