Isnin, 10 Mei 2021

UJANG & APO? BUMPER NEW-STALGIA POSA RAYA 2021


 

Tahun lepas kita raya dalam PKP. Tahun inipun begitulah juga nampaknya. Bezanya tahun lepas tak boleh keluar rumah. Tahun ini diberikan peluang untuk beraya dalam lingkungan daerah tempat tinggal. Lepas dari hari yang dibenarkan kembalilah kita duduk di rumah melayan tv ataupun talipon bimbit masing-masing. Tapi cerita di tv pun tak adalah menarik sangat. Sebut pasal tv, dulu-dulu bila saja hari raya mesti ada ditayangkan sarkas. Tapi kini tak nampak lagi sarkas di tv. Sarkas hari inipun dah tak menarik lagi kerana haiwan tidak lagi dibenarkan untuk membuat aksi pertunjukan. Jadi sebaiknya masa yang terluang itu kita isi dengan membaca Ujang &APO? bumper yang terbaharu ini sambil makan samprit dan minum air sirap.

Cover majalah kali ini dihiasi dengan hasil kerja Yaz Malee. Lama benar tak nampak lukisan beliau ini muncul. Gambar Yaz Malee memang meriah dengan suasana lebuh raya yang penuh dengan kenderaan untuk pulang berhari raya. Cukuplah kita melayan gambar ini memandangkan seperti tahun lalu jua, lebuh raya akan sepi daripada kenderaan. Tak akan kedengaranlah tahun ini orang yang sangkut dalam jem lebih lapan jam, terpaksa berbuka dan solat di tepi jalan dan sebagainya.

Kartun-kartun baharu raya tidak kurang hebatnya. Imuda dan Duku ada buat kemunculan mereka dalam edisi kali ini. Lukisan Duku pun dah nampak sedikit berbeza dari dulu tetapi lawaknya tetap maintain. Tetapi rasanya karya baharu tidak terlalu banyak dan ia banyak diseimbangkan dengan karya-karya lama yang pernah tersiar di Ujang dan APO? dulu-dulu. Hamba amat mengharapkan agar penerbit dapat menghidangkan karya-karya baharu sepenuhnya dalam edisi bumper yang akan datang. Kalau hendak disiarkan karya lamapun janganlah terlalu banyak sangat.

Edisi kali ini juga memberikan penghormatan kepada dua orang kartunis yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan yang lalu iaitu kartunis Petai dan Ayoi. Kedua-duanya pernah berkarya untuk majalah ini dan merupakan dua orang kartunis yang ternama. Cuma para kartunis yang diberikan peluang oleh penerbit untuk melakukan tribute hanya diberikan peluang untuk melukis dalam satu mukasurat sahaja dan inji tentunya amatlah tidak memadai.

Selamat hari raya Aidil Fitri dan selamat menghabiskan bacaan anda!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...