Sabtu, 17 Julai 2021

LAWAK LULUS PERIKSA - Bophairy


Umur hamba walaupun menghampiri setengah abad, hamba masih minat untuk membaca komik. Tak salahkan orang dewasa membaca komik? Walaupun kebiasaannya komik dikaitkan dengan pembacaan kanak-kanak, komik amat sesuai juga untuk golongan dewasa. Ia membolehkan kita release sedikit rasa stress dalam diri. Dalam suasana kerja hamba yang penuh dengan pelbagai tekanan dari segenap arah, komik adalah hiburan ringan yang sedikit melegakan (Kalau anda sebut lebih baik solat, baca Al-Quran dan sebagainya, itu semua betullah. Tapi hamba percaya yang anda juga tidak bersolat dan membaca Al-Quran sepanjang masa). Komik ini hamba belikan untuk anak hamba sebagai galakan untuk beliau membaca. Lagipun bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu standard yang lansung tidak dicemari dengan sebarang slanga.

Peperiksaan adalah satu topik yang amat serius. tetapi di tangan seorang kartunis, perkara seserius ini boleh menjadi sebuah jenaka yang melucukan. Lawak Lulus Periksa bukan sekadar jenaka biasa tetapi ia turut memberikan beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan yang disampaikan dalam nada yang cukup santai. Watak-watak pelajar dalam komik ini adalah pelbagai dan ia begitu mewarnakan penceritaan. Amar, nampak rugged dan sempoi, tetapi seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan kerap menjadi pelajar terbaik. Wong adalah saingan Amar. Beliau berusaha gigih untuk maju dalam pelajaran sekaligus muncul sebagai pelajar terbaik dan menewaskan Amar. Walau bagaimanapun persaingan ini dilakukan dengan cara yang sihat. Ravi merupakan watak yang nampak sempoi dan relaks. Tidak begitu bersungguh dalam pelajaran serta mengharapkan bantuan sesuatu untuk berjaya. Siti pula tidak lekang dengan headphonenya dan suka mendengar muzik. Perasan lawa dan suara sedap macam Siti Nurhaliza, suara Siti sebenarnya adalah mimpi ngeri buat pendengarnya. Watak Lucy nampak misteri seperti The Sacred Riana! Watak Ramlan pula lurus bendul, nampak blur tapi di akhir komik akan menimbulkan satu kejutan. Di samping itu tiga watak guru yang ditampilkan turut menghiburkan dan tidak kurang kelakarnya.

Berdasarkan kepelbagaian watak-watak dalam komik ini, penulis telah melakarkan kisah bagaimana usaha sekumpulan murid untuk belajar demi mendapatkan kejayaan dalam peperiksan. Setiap kisah yang disampaikan mempunyai mesej yang tersendiri. Ia akan diikuti oleh beberapa tips bagi membuat persedian menghadapi peperiksaan termasuk semasa hari besar tersebut. Di samping jalan cerita yang menarik, persembahan kartun yang kemas oleh Bophairy tambah membuatkan komik ini menarik. Tetapi kalau Bophairy dapat kalerkan semua kartun ni, ia akan jadi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii menarik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...