Rabu, 28 Julai 2021

LUMPU - Tere Liye


 

Tidak perlu anda bersegera mencari kamus bagi mengetahui maksud Lumpu. Anda tidak akan berjumpa lansung dengan perkataan itu. Paling hampir, kamus akan membawa anda ke perkataan lumpuh. Lumpu adalah satu watak crook dalam novel ini dan paling crook setakat ini dalam siri novel Bumi oleh Tere Liye ini. Lumpu mempunyai kuasa untuh melumpuhkan segala kekuatan musuhnya. Mungkin kerana itu Tere Liye memilih nama ini.

Pengembaraan atau petualang Raib, Seli dan Ali bermula lagi. Misi mereka kini adalah untuk menyelamatkan Miss Selena yang berada di dalam tawanan Lumpu. Tetapi mereka tahu mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan Lumpu bersendirian. Justeru mereka perlu mencari tenaga bantuan. Mereka mencari bantuan daripada salah seorang musuh ketat mereka - Tamus!

Walaupun mereka berjaya menemui Tamus, bukan mudah bagi karakter berkenaan untuk membantu tiga bocah ini. Bahkan beliau bersama Fala Tara Tana IV, Ketua Konsil klan Matahari bergabung pula untuk menyerang mereka. Pertarungan mereka terganggu dengan kahadiran Lumpu yang berjaya melumpuhkan Fala Tara Tana IV dan menewaskan Tamus. Ketika Tamus diambang bahaya, ketiga bocah ini  berjaya melarikan Tamus menggunakan kapsul perak mereka.

Walaupun Tamus nampak insaf setelah mendapat bantuan Raib, Seli dan Ali dan seperti bersetuju untuk membantu mencari jalan bagi menghapuskan Lumpu, ketiga-tiga bocah ini kemudiannya telah diperdaya oleh Tamus dengan meninggalkan mereka di tinggalan kapal Klan Aldebaran dan melarikan kapsul perak ILY.

Ternyata Ali si genius awal-awal lagi telah membuat perancangannya. Kapsul berkenaan telahpun dipasang pelacak untuk memudahkan mereka mengesan keberadaan ILY. Tujuan mereka adalah let Tamus do all the dirty work for them! Tapi hasrat mereka itu sebenarnya tidak kesampaian kerana Tamus juga tidak dapat jawapan atau cara untuk menghapuskan Lumpu.

Novel ini penuh dengan acara pertempuran. Andainya ia sebuah filem, maka 3/4 isinya adalah perlawanan sahaja. Novel kali ini boleh dirasakan debarannya memandangkan lawan Raib, Seli dan Ali adalah individu yang kelihatan seperti tiada cara untuk menewaskannya. Paling tidak disangka adalah apabila watak Ali sendiri telah berjaya dihilangkan kekuasaannya oleh Lumpu. Namun Tere Liye bijak memainkan situasi ini. Setiap kali sang hero diambang kekalahan ada sahaja cara untuk mereka kembali meneruskan perjuangan seperti kehadiran watak Kosong dan Lambat, petani dari Klan Nebula yang tiba-tiba sahaja datang membantu. Sehinggalah sehingga sudah tiada apa lagi jalan bagi menewaskan Lumpu, barulah sang penulis menghikayatkan bahawa penyelesaiannya ada pada sarung tangan bulan yang sedia di pakai Raib sendiri. Instead of Lumpu yang melumpuhkan Raib, Raib pula yang berhasil melumpuhkan Lumpu dengan memadamkan semua kod-kod genetik kekuatan di dalam tubuhnya! Tewasnya Lumpu maka novel ini terus menjunam dari klimaksnya. Tiada lagi kesukaran bagi menyelamatkan Miss Selena.

Novel ini turut meyelitkan satu bab bonus bertajuk SagaraS. Dalam bab ini selain daripada mengkisahkan tentang Ali yang sedang menyelidiki kandunagn sebuah kotak hitam daripada sebuah kapal, turut mengambil kesempatan untuk membidas para pembeli buku-buku bajakan atau cetak rompak termasuk yang berbentuk pdf. Buku-buku popular di Indonesia banyak yang dicetak rompak dan dijual semula kepada umum dengan harga yang murah. Dari satu sudut hamba lihat masyarakat Indonesia masih lagi suka membaca buku-buku fizikal. Jika tidak, para lanun ini tidak akan mengambil kesempatan untuk merampok buku-buku ini. Orang kita? Lanun pun fikir sepuluh kali kalau nak buat salinan fotokopi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...