Ahad, 25 Julai 2021

SILAT BOY #1 PENCAK PERTAMA - Ben Wong


 

Silat Boy tampil buat kali pertama dalam antologi Aku, Kau & Superhero pada tahun 2016. Cerita yang sama diulang semula dalam antologi Gadis Robot & Koleksi Komik Terbaik Ben Wong. Komik solonya muncul pada tahun 2018. Naskhah yang ada pada hamba adalah cetakannya yang ke-lima tahun 2019. Ini menunjukkan komik ini mendapat sambutan yang hangat dan telah membina pengikutnya yang tersendiri.

Tetapi cerita yang ada dalam pengenalan Silat Boy dalam antologi di atas tidak sama dengan komik solo ini. Ben Wong melukis semula dengan penceritaan baru yang lebih segar. Ben Wong boleh sahaja 'copy n paste' kisah dalam antologi ke dalam komik solo ini tetapi beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Sekaligus menunjukkan bahawa pelukis adalah seorang yang rajin dan mahu menimbulkan unsur kejutan terhadap pembacanya.

Boy adalah watak utama. Tidak diketahui siapa nama sebenarnya. Hanya Boy! Boy bertubuh kecil, lemah dan sering menjadi mangsa buli Ghoner dan teman-temannya. Dalam satu kejadian, pocket game milik Boy telah dirampas Ghoner dan Boy turut dipukul. Boy bertekad mahu membalas dendam dan mengambil semula alat permainan tersebut. Percubaan beliau untuk membakar mercun dan melontarkannya ke arah Ghoner telah digagalkan oleh Alyaa Suria yang tiba-tiba sahaj muncul. Namun mercun telahpun dibakar dan Alyaa berjaya menjauhkannya dari Boy dan Ghoner. Letupan mercun berkenaan telah memeranjatkan para crook ini. Boy melarikan diri. Alyaa mengejar Boy kerana menganggap Boy telah melakukan kesalahan manakala Ghoner juga turut mengejar kerana mahu membalas perbuatan Boy. Pergaduhan yang terjadi kemudiannya menyedarkan Alyaa bahawa Boy bertindak hanya kerana menjadi mangsa buli. Alyaa kemudiannya berjaya menewaskan Ghoner.

Tewas kali pertama menyebabkan Ghoner dan konco-konconya sekali lagi menyerang Alyaa dan Boy. Di hujung pertarungan Alyaa dan Boy telah berjaya melarikan diri sehingga tiba di puncak sebuah bukit. Boy telah disepak sehingga terjatuh ke dalam jurang yang dalam. Boy tercampak ke dalam sebuah kolam yang membawanya ke sebuah dunia lain. Di sana beliau menyaksikan satu pertarungan antara dua orang pahlawan yang sangat hebat. Natijah daripada pertempuran dua orang pendekar tersebut telah mengubah terus kehidupan Boy. Beliau telah mendapat kuasanya!

Yup, ini hanyalah cerita rekaan. Babak pertempurannya amat hebat, tetapi tidak berapa menampakkan ciri-ciri persilatan. Ia lebih mirip pertarungan dalam komik kungfu yang setiap kali membuat serangan akan menyatakan jurus apa yang digunakannya - mana ada pahlawan Melayu bertarung begitu. Kalau nak lihat komik pertarungan seni silat Melayu yang sejati anda boleh melihat komik-komik hasil tangan Allahyarham Zoy. Silat Boy mempunyai tarikannya yang tersendiri walaupun tidak berapa kelihatan unsur silatnya. Jalan cerita dan lukisan Ben Wong amat kemas dan mudah diikuti. Persembahan dalam warna menambah baik lagi penceritaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...