Selasa, 17 Mei 2022

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA : EPISOD II - Teme Abdullah



 

Installasi kedua ini lebih tertumpu kepada watak Aria sendiri. Separuh daripada buku ini akan mengisahkan keadaan Aria sewaktu operasi dokking. Banyak bot yang menyertai operasi ini dengan wakil kesemua sektor turut hadir.

Sewaktu kerja-kerja dokking dilaksanakan, watak Vanessa, Waris Kedua, anak Tuan Yang Suci, yang menyamar sebagai askar telah membawa ketiga-tiga wakil sektor ke daratan. Satu peristiwa besar telah berlaku yang menyebabkan Aria terpaksa membunuh wakil Sektor Hijau dan Kuning. Dalam pada itu di Bokoi dan bot-bot dokking yang lain telah berlaku usaha sabotaj yang telah berjaya dikekang oleh para askar.

Vanessa telah mengenali Aria sebelum dokking lagi sewaktu majlis kotor darah diadakan di Sektor Biru. Keberadaan beliau di dalam operasi berekaan adalah sesuatu yang dirancang dan bukannya tidak disenagajakan. Sebagai Waris Kedua, beliau tidak perlu menyusahkan dirinya untuk dokking. Vanessa dilihat mempunya perasaan terhadap Aria.

Kepulangan Aria ke Sektor Biru tidaklah disambur sebagai wira. Beliau bahkan disalahkan apabila makanan sektor tersebut dicatu. Aria telah dipukul beramai-ramai oleh para pemburu. Di saat akhir beliau telah diselamatkan oleh askar atas araha Vanessa. Satu pengumuman telah dibuat bagi menunjukkan Aria telah melakukan jasa yang besar terhadap Bokor apabila dapat menghalang sabotaj yang dilakukan musuh serta menyelamatkan Waris Kedua. Nama Aria mekar kembali.

Ditawarkan peluang untuk tinggal di Aras Atas, Aria mengambil masa untuk berfikir. Beliau pada awalnya menolak kerana mengenangkan adiknya. Lebih-lebih lagi apabila telah berada di dalam kelompok atas, beliau tidak lagi boleh kembali ke bawah.Namun beliau akhirnya megalah apabila Vanessa menjanjikan bahawa Ana akan mendapat rawatan yang sepatutnya.

Walaupun keadaan Aras Atas yang lebih baik, ia telah menimbulkan banyak persoalan di minda Aria. Aria mula menyedari bahawa manusia di Aras Lantai tidak lebih daripada menjadi suruhan kepada mansuia manusia suci ini. Ketika di aras bawah, air minum adalah satu barang yang amat berharga, Setitikpun mereka tidak dibenarkan untuk membazirkannya. Air mereka juga keruh. Bukan sahaja air, bahkan manusia di bawah sering diminta untuk menjimatkan tenaga dan oksigen. Tetapi mereka yang di atas ini seperti tidak tertakluk dengan peraturan ini.

Lampu mereka besar serta terpasang sentiasa walaupun di ruang yang tidak ramai orang. Mereka mendapat air yang bersih bahkan bilik mandi mereka lebih besar daripada petak rumah Aria. Pakaian di Aras Atas sentiasa bertukar dan mewah. Aria dikejutkan satu persatu dengan perkara yang baharu.

Kejutan besar datang apabila Aria diperlihatkan dengan satu kawasan dengan manusia berjemur dengan matahari bersinar terang di atas. Dunia sebenarnya telahpun pulih semenjak 200 tahun yang lalu. Namun manusia di Aras Atas, kerana kepentingan sendiri terus memomokkan bahawa dunia masih lagi belum pulih. Mereka berbuat demikian kerana mahukan masyarakat di Aras Lantai terus bekerja buat mereka dan mereka dalam masa yang sama terus dapat hidup dalam kemewahan.

Nampaknya geng-geng ini dah lama kena kencing!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...