Sabtu, 15 Oktober 2022

DARI KOTA CAHAYA - Abdullah Hussain


 Naskhah yang hamba perolehi ini adalah naskhah terpakai bekas pustaka yang dibeli daripada seorang penjual buku-buku terpakai. Harganya RM40 agak mahal jika dikira daripada kondisinya sebagai bahan terpakai. Tetapi hari ini buku-buku lama yang dijual semula dikira daripada segi kelangkaannya serta taraf penulisnya. Semakin langka, semakin lama dan tidak ada lagi cetakan baharu yang berlegar di pasaran, maka akan semakin tinggilah harganya. Tapi itulah, semasa dulu hamba yang masih bergaji kecil berasa tidak mampu untuk membeli buku. Hari ini bila dah ada duit, buku lama menjadi lebih mahal. Semua ini gara-gara media sosial juga. Jika tidak dahulu bila berkunjung ke kedai buku terpakai, harganya memang murah berbanding harga buku baharu. Apabila kolektor mula memperdagangkan buku mereka di media sosial dan mengenakan harga yang tinggi, maka amalan ini diikuti oleh ramai orang sehingga kebanyakan buku lama kini tidak lagi memberikan harga mampu milik sebaliknya harga mampu lihat sahaja.

Dari Kota Cahaya menghimpunkan sejumlah 33 cerpen oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain semenjak tahun 1969 sehingga 1992.  Tulisan Abdullah memang saya minati. Beliau tidak terlalu menggunakan bahasa atau ayat yang bombastik. Tiada istilah-istilah pelik atau sukar ketika membaca karya beliau. Tulisan beliau banyak dipengaruhi pengalamannya sendiri atau kawan-kawan. Kerana itu dalam beberapa cerpen akan ditemui nama-nama rakan beliau.

Boleh dikatakan lebih daripada separuh cerpen yang ada di dalam antologi mempunyai unsur agama atau dakwah. Ia boleh dilihat di dalam tulisan seperti Sebuah Masjid Di Sebuah Kota Pelabuhan, Natasha,  Daging Babi Itu Haram dan lain-lain lagi. Membaca cerpen beliau yang berunsur begini membuatkan pembaca tidak berasa hairan apabila membaca karya masterpice beliau - Imam yang sememangnya sarat dengan perbahasan agama.



Kenitra juga berimpian untuk menjadi masterpiece 
seperti karya-karya Abdullah Hussain


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...