tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post6536195830255884529..comments2024-03-27T13:39:35.823+08:00Comments on Alam Terkembang Jadikan Guru: SEJARAH NANING "TANAH BERKERAMAT PENGHULU BERDAULAT" - Luqman Nulhakim HarzamarMIZHAR MAZLANhttp://www.blogger.com/profile/17384708325151334202noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-67604745367310927162023-07-12T13:07:34.130+08:002023-07-12T13:07:34.130+08:00satu penghargaan mendapat ulasan pengarangnya send...satu penghargaan mendapat ulasan pengarangnya sendiri.MIZHAR MAZLANhttps://www.blogger.com/profile/17384708325151334202noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1733710921961480219.post-26161609942128545402023-06-20T13:20:52.457+08:002023-06-20T13:20:52.457+08:00Terlebih dahulu setinggi-tinggi ucapan terima kasi...Terlebih dahulu setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas ulasan dan kritikan terhadap buku ini. Sejujurnya, kritikan dan komentar adalah penting untuk proses penyebaran serta menjadikan kita lebih kritis dalam membicarakan sesebuah perkara. Hampir empat tahun akhirnya sebuah ulasan yang kritis terhadap buku ini telah ditulis. Hal ini penting untuk mengetahui sejauh mana impak dan penerimaan masyarakat terhadap maklumat yang disajikan.

Di awal buku ini telah dideklarasikan pendekatan yang digunakan untuk menuntun pembacaan adalah 'Historical Particularism' atau Partikularisme Sejarah yang secara ideologinya hampir bertentangan dengan konsep 'Common History' yang diguna pakai oleh aliran kemanusiaan cabang Eropah. Hal ini demikian kerana, pendekatan partikularisme sejarah merupakan sebuah keilmuan sejarah yang berasal daripada Amerika Syarikat yang dipelopori Franz Boas yang menolak gaya penulisan etnosentik dalam pemahaman terhadap sejarah. Justeru, penulisan ini cuba meminimalkan pandangan etik dan lebih menggunakan pemahaman etik tempatan untuk mendapatkan sebuah citra dalam kaca mata penduduk tempatan. Mengenai masalah tatabahasa merupakan dari kelemahan penulis sendiri kerana kurang memberikan perhatian terhadap beberapa perkataan penting dan kesalahan penjodoh bilangan.

Namun demikian, kritikan yang dibuat terhadap pengkaji-pengkaji lain bukan bersifat merendahkan tetapi lontaran kritis yang berdasarkan basis akademis. Jarak kajian Naning sebelum penulisan ini ditulis hampir 30 tahun. Secara logiknya, perkembangan ilmu sejarah di Malaysia semakin pesat dan banyak konsep serta teori baharu yang diguna pakai bagi mencitrakan sedekat mungkin peristiwa sejarah dalam citra minda kita. Untuk makluman, pendekatan Partikularisme Sejarah merupakan sebuah pendekatan yang kurang popular dalam kalangan pengkaji sejarah di Malaysia. Hal ini kerana, para pengkaji sejarah secara sedar atau tidak, terserap dengan ilmu intelektual kolonial sehingga menyebabkan matlamat sesebuah peristiwa sejarah itu akhirnya menjadi etnosentrik. Pandangan ini telah lama dilontarkan oleh Prof Ulung Shamsul Amri Baharudin (2011) dalam sebuah kertas kajian bertajuk Ilmu Kolonial dalam Sejarah Pembentukan Malaysia.

Umumnya, penulisan ini menggunakan kaedah etnografi untuk mendapatkan sisi citra pemahaman penjajah terhadap kebudayaan Naning dan pemahaman masyarakat tempatan itu sendiri. Sebenarnya kaedah ini membantu untuk penulis bersifat adil terhadap pandangan daripada dua pihak yang secara biologisnya pernah bertembung dalam realiti pencanggahan pemahaman antara dua budaya (Eropah-Melayu).

Dari sudut teologinya, penulis hanya menulis kembali pemahaman masyarakat tempatan terhadap konsep yang difahami secara basis dan penerangan daripada penduduk tempatan. Secara etika, adalah salah jika seseorang pengkaji membahaskan perkara-perkara yang bukan menjadi kepakarannya terutama sekali penafsiran Al-Quran dan Hadis. Pandangan dan konsep yang dibawa adalah murni daripada pemikiran masyarakat tempatan tanpa menokok-nambah citra akal-budaya mereka.

Akhir kalam, ucapan terima kasih dan taniah kerana berjaya membuat sebuah ulasan buku yang bersifat kritis serta sarat dengan ilmu pengetahuan. Ini menujukkan pengulasnya benar-benar meneliti dan menghalusi setiap maklumat yang dikupas dengan baik. Untuk membantu pengulas memahami dengan lebih teliti mengenai penulisan ini, disarankan untuk membaca sebuah tesis yang ditulis penulis bertajuk Struktur Sistem Kebudayaan Naning dari Aspek Sejarah Kebudayaan (2019), Universiti Malaya.

Semoga terus maju dan salam minda cerdas. sekian.

Luqman NulHakim Bin Harzamar.Anonymousnoreply@blogger.com