Thursday, September 27, 2012

ULASAN BUKU: FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA

Harus hamba akui, hamba membeli buku ini kerana tajuknya yang cukup mengujakan. Kata-kata yang tercatat di hadapan kulit buku ‘prosedur memerlukan anda menunjukkan kad kuasa bagi memegang dokumen ini. Tanpa pembuktian, dokumen ini TIDAK BOLEH dibaca atau dialihkan’ menambahkan lagi minat untuk memilikinya. Pada fikiran hamba tentunya maklumat dalam buku ini merupakan sesuatu yang amat luar biasa. Tentu ia umpama ‘President’s Book of Secret’ yang disimpan secara sulit dan rahsia di Library of Congress, seperti yang pernah dipaparkan di dalam filem National Treasury lakonan Nicholas Cage.
Sayangnya ia tidak seperti itu, bahkan tajuk buku itu tidak lebih daripada sebuah hiperbola. Ini kerana semua maklumat yang dipaparkan boleh didapati di dalam buku serta internet. Tiada apa-apa yang sulit di dalam buku ini. Selain beberapa perkara yang biasa diketemui di dalam mana-mana bahan yang memaparkan teori konspirasi, penulis banyak bercerita tentang kesemua Presiden Amerika serta bangunan Rumah Putih. Justeru hamba merasakan buku ini sepatutnya diberi tajuk ‘Biodata Presiden Amerika Syarikat’ ataupun ‘Mari Melawat White House’.
Walau apapun yang hamba tuliskan di atas, tidak bermakna apa yang disampaikan oleh penulis lansung tiada manfaatnya. Dari segi pengetahuan am, ia amat bagus untuk mereka yang ingin mengenali peribadi ringkas semua 44 Presiden Amerika serta beberapa perkara menarik yang ada di Rumah Putih. Bukan sahaja mengenai presiden bahkan juga isteri mereka dan binatang peliharaan mereka juga.
Betullah kata tukang sabit rumput di belakang sana – Don’t judge a book by its cover……ohhh bukan cover yang mengelirukan hamba, tapi tajuknya……

4 comments:

  1. Salaam Tuan Ouled Kenitra. Terima kasih kerana sudi membaca buku saya yang tidak seberapa itu. Sememangnya ia sebuah buku pengetahuan am. Tiada rahsia penting dan besar didedahkan, kerana mustahil orang Malaysia biasa seperti saya dapat akses perkara sebegitu. Tajuk 'Fail Sulit Presiden Amerika' direka sedemikian sebagai daya penarik, 'Tajuk Seksi' menurut para editor PTS. Tajuk asal yang saya cadangkan adalah 'Di Sebalik Presiden Amerika'. Harap maaf jika kekeliruan itu meresahkan tuan. Saya sedang mencari komen-komen di internet berkaitan penulisan saya untuk memperbaiki skil. Untuk itu, terima kasih atas komentar tuan. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. ini bukan kali pertama penerbit buku mengubah tajuk yang dicadangkan oleh penulis kerana merasakan tajuk mereka lebih umphh. mmg benar dari segi pasaran tajuk yang mrk beri akan menarik perhatian pembaca, tetapi akan membuatkan pembeli kecewa. Saudara Nur Iman telah melakukan yg terbaik untuk buku tersebut. Mungkin saudara boleh tulis pula ttg sesuatu yg jarang isunya diperbincangkan namuun ada value dan isi utk para pembaca mengetahuinya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak atas saranan tuan. Saya ambil perhatian dan maklum. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan menulis jangan mudah putus asa.. good luck ..tahniah .. i used it masa nak buat assgment. tQ

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...